10 Baka Anjing Paling Popular Di Dunia – Manis Madu

10 Baka Anjing Paling Popular Di Dunia

Maduners tahu tak baka anjing paling popular di dunia? Kalau Maduners tak tahu, boleh baca artikel yang Madu dah sediakan ini!

 

Jom kita lihat 10 baka anjing paling popular di seluruh dunia mengikut American Kennel Club (The AKC Rank) yang arif tentang baka anjing!

10. Border Collie

Photo by Baptist Standaert on Unsplash

Maduners jangan terdaya dengan kecomelan baka ini kerana Border Collie merupakan baka yang sangat aktif!

 

Baka yang berasal daripada Scotland ini selalunya dibela untuk membantu mengembala haiwan ternakan seperti lembu dan biri-biri kerana mempunyai stamina dan kelincahan yang sangat tinggi.

9. Poodle

Photo by andrew welch on Unsplash

Antara baka yang dikatakan sangat suka bersosial! Poodle merupakan baka anjing yang pintar diantara baka-baka yang lain!

 

Poodle merupakan anjing kebangsaan negara Perancis dan di Amerika Syarikat, baka ini selalunya dibiak dengan baka lain dan menghasilkan baka seperti Labradoodle dan Goldendoodle.

8. German Shepherd

Photo by Aalap Pathak on Unsplash

German Shepherd merupakan baka yang berasal dari Jerman dan mempunyai saiz yang sederhana.

 

Baka ini popular dalam kalangan rakyat Jerman kerana dikatakan sebagai baka yang bagus untuk menjadi haiwan peliharaan, dipelihara membantu tugas-tugas polis dan sebagainya.

 

Extra point untuk baka ini adalah mereka sangat manja!

7. French Bulldog

Photo by Bianca Ackermann on Unsplash

Berbeza daripada baka English Bulldog, baka ini berasal dikatakan campuran baka Bulldoh bersama baka yang lain dan menjadi popular di negara Perancis!

 

Dengan bentuk telinga dan saiz mereka yang comel, baka ini kini popular rentas negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

 

Tip! Untuk Maduners yang terlalu sibuk tetapi masih ingin haiwan peliharaan, baka French Bulldog sesuai untuk anda kerana baka ini tidak memerlukan aktiviti senaman yang terlalu kerap.

6. English Bulldog

Image by skeeze from Pixabay

Mungkin Maduners agak kurang gemar dengan baka English Bulldog ini kerana kurang comel dari segi luaran tetapi anda akan jatuh cinta dengan sifatnya yang manja dan suka bersosial!

 

Kalau Maduners nak tanya pada zaman dahulu, baka ini selalu digunakan untuk pertandingan haram yang melibatkan baka ini berlawan sesama sendiri. Sedihnya!

 

Tapi jangan risau! Nowadays, baka ini antara baka yang menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang setia dan penyayang!

5. Pomeranian

Image by 관성 정 from Pixabay

Siapa saja tak jatuh cinta dengan baka Pomeranian ini! Aduh, Comelnya!

 

Tapi Maduners jangan terpedaya dengan kecomelan dan saiznya yang kecil, baka Pomeranian ini sangat nakal dan agak sensitif di sekeliling manusia yang tidak dikenali.

 

Pomeranian, pada zaman dahulu selalu menjadi kerabat diraja seperti Queen Victoria kerana rupa luaran yang kelihatan comel dan bergaya.

4. Chihuahua

Image by Pexels from Pixabay

Lagi satu baka yang terkenal dengan kecomelan dan saiznya yang kecil. Sangat huggable!

 

Baka ini mendapat namanya iaitu Chihuahua sempena dengan bandar Chihuahua di Mexico!

 

Baka Chihuahua menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan di negara seperti Mexico, Guatemala dan Puerto Rico.

 

Note! Maduners yang nak bela baka ini sebagai haiwan peliharaan kena tahu yang haiwan ini kurang sesuai di rumah yang mempunyai kanak-kanak dan agak sukar untuk dilatih.

3. Pug

Awww, lihat saja gambar baka Pug ini yang comel! Madu jatuh cinta dengan baka ini!

 

Perkara yang menarik tentang baka ini ialah ianya berasal daripada negara China dan dimiliki oleh kerabat diraja negara itu. Walaupun bersaiz kecil, baka ini sangat cergas.

 

Pugs sesuai dibela sebagai haiwan peliharaan di kawasan bandar. Baka ini disukai kerana sifatnya yang sentiasa ingin tahu, menjadikan mereka popular di seluruh dunia.

2. Maltese

Photo by Anastasia Zhenina from Pexels

Salah satu baka tertua di Eropah dan pada awalnya dibiakkan untuk memburu tikus.

 

Tapi baka Maltese ini pada zaman moden, mereka menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kerana sifat yang aktif, suka bermain dan bertenaga.

 

Baka yang berasal daripada kepulauan Malta ini dikatakan sebagai supermodel dalam dunia anjing kerana rupa parasa luarannya yang sangat comel dan cantik.

1. Rottweiler

Image by Jan Steiner from Pixabay

Memang tidak disangka baka ini mendapat tempat pertama sebagai baka terbaik di dunia iaitu baka Rottweiler!

 

Berasal dari Jerman, Rottweilers merupakan baka anjing yang sangat kuat dan bersaiz sederhana dan besar. Baka ini pada mulanya digunakan sebagai anjing penggembala.

 

Rottweiler mungkin kelihatan menakutkan, tetapi mereka sangat setia kepada pemiliknya, tenang dan berani tetapi tidak agresif. Perfect breed!

Post a Comment