10 Syurga Pencuci Mulut Terbaik Di Melaka!
Kejayaan program vaksinasi negara kita dapat lihat melalui jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin menurun dan banyak sektor ekonomi sudah mula berjalan semula.
Baru-baru ini juga diumumkan kebenaran merentas negeri buat seluruh rakyat Malaysia juga menunjukkan bukti keberkesanan program vaksinasi negara.
Sehubungan dengan itu, hari ini Madu akan share ‘syurga dessert’ yang terdapat di Melaka. Alang-alang dah boleh merentas negeri, boleh food hunting di sana!
1. Handmade Bakery Café
Bestnya tengok deretan dessert yang dijual di Handmade Bakery Café ini! Mengiurkan betul. Café ini beralamat di 77, Jln Kota Laksamana 3/8, Taman Mahajaya, 75200 Melaka.
2. Big Bowl Ice
Aigooo, dessert di sini pun tak boleh bawa bincang! Untuk pengetahuan Maduners, Big Bowl Ice adalah salah satu brand pencuci mulut terkenal di Malaysia sejak tahun 2013 lagi. Mereka juga menawarkan lebih daripada 100 jenis pencuci mulut!
Selain pencuci mulut, terdapat juga hidangan seperti waffle, spaghetti, snack serta minuman korang boleh dapatkan di Big Bowl Ice.
3. The Daily Fix Café
Hidangan dessert di The Daily Fix Café boleh tahan tahap menggoda dia! Di café ini, banyak menu makanan western termasuk hidangan pencuci mulut yang best-best. Antaranya kek, pancake, muffin dan banyak lagi.
Café ini terletak di 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka. Kalau Maduners nak berkunjung ke Melaka, jangan lupa singgah di sini!
4. The Base Café
Seterusnya, Maduners boleh ke C, 1-1, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana, untuk menikmati hidangan pencuci mulut di The Base Café. Tengok menu-menu yang ada di sana, auto cancel plan diet!
5. The Old Mark Café
Apa lagi korang nak kalau di sesebuah café itu lengkap ada semuanya. Ada main dish, dessert dan dilengkapi dengan kopi! Di The Old Mark Café, Maduners boleh dapatkan hidangan lengkap seperti ini. Untuk rujukan korang sebelum food hunting di café ini, boleh check di sini!
6. Molten Chocolate Café Melaka
Café seterusnya istimewa buat penggemar coklat sebab menu-menu di café ini hampir semuanya berasaskan coklat! Ada crepe, waffle, brownies, sizzling dan banyak lagi pilihan menu dengan limpahan coklat Eropah dalam setiap menu.
Pencinta coklat mesti jatuh cinta punya! Maduners boleh layari laman sesawang Molten Chocolate Café Melaka untuk tahu lebih lanjut.
7. Cendol Kampung Hulu
Madu rasa untuk spot dessert yang satu ini, mesti familiar buat orang-orang Melaka. Siapa jerr tak kenal Cendol Kampung Hulu! Kedai ini dibuka setiap hari pada jam 11.30 pagi hingga 7.30 malam.
Di sini, bukan sahaja dijual cendol dengan pilihan yang menarik tetapi ada juga menu makanan utama yang telah diinovasikan oleh pihak Cendol Kampung Hulu seperti Nasi Ketum, Asam Pedas Ramen, Cikitang dan lain-lain. Menarik betul! Korang boleh tengok menu-menu yang ada di sini.
8. Avocado Melaka
Selalunya buah avocado di makan begitu sahaja atau dijadikan salad buah tetapi Avocado Melaka menyajikan jus Avocado!
Maduners boleh pilih sama ada nak jus yang pure tanpa campuran bahan lain atau nak tambah topping seperti coklat, aiskrim, caramel, strawberi atau cream cheese.
9. Truly Two Café
View this post on Instagram
Antara dessert best seller di Truly Two Café adalah Double Brussels Waffle, Chocolatier Waffle dan San Marco Nutella Pizza. Fuhh kalau tengok presentation menu-menu di sini, rasa nak order semua!
Bukan sahaja menyajikan pencuci mulut, di café ini juga korang boleh makan dan minum menu lain juga seperti pizza, mac and cheese, lasagna serta menu-menu lain. Tempting sangat!
View this post on Instagram
10. Mochee Dim Sum House
Kalau tadi ada kedai yang istimewa buat penggemar coklat, kedai yang satu ini istimewa pula buat penggemar mochi! Di Mochee Dim Sum House ini terdapat pelbagai pilihan mochi dari yang biasa hingga premium.
Mochee Dim Sum House yang terletak di No. 45, Jalan Knmp 2a, Taman Melaka Perdana, Ayer Keroh ini juga menyajikan chinese food yang lainnya seperti dim sum, dumpling, pau, mi dan lain-lain. Maduners boleh belek-belek menu di sini!
Terliur tak sambil baca artikel ini? Kalau terliur, jangan tunggu lama-lama. Pergi serbu tempat yang Madu senaraikan kat atas dan hilangkan craving korang!