2,740 Rakyat Malaysia terkandas di Singapura Selamat Tiba Di Tanah Air – Manis Madu
2,740 rakyat Malaysia terkandas di Singapura Selamat Tiba Di Tanah Air

2,740 Rakyat Malaysia terkandas di Singapura Selamat Tiba Di Tanah Air

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 pada Mac 2020 tahun lalu, seramai 2,740 rakyat negara ini terkandas di Singapura dan dilaporkan selamat tiba di tanah air semalam (29 Nov 2021).

white biplane

Ketibaan mereka secara berperingkat melalui udara dan darat itu hasil pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura, menamatkan penantian dan kerinduan terhadap ahli keluarga yang terpisah hampir dua tahun.

Suasana gembira dan sedih mengiringi pertemuan para pengembara terlibat bersama anak-anak, isteri dan ahli keluarga di terminal ketibaan darat di Larkin, Johor dan balai ketibaan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Abdul Jalal Mohd Tahir gembira menyambut isterinya, Khadijah Ahmad dan anaknya, Mikayl Abdul Jalal yang terpisah hampir dua tahun tiba menggunakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL)

Sumber Gambar: utusan.com.my

Hari pertama VTL, merekodkan sejumlah 1,300 pulang menerusi pengangkutan udara yang tiba di KLIA dan KLIA2 manakala 1,440 lagi tiba menerusi jalan darat di Larkin Sentral.

 

Pesawat pertama membawa 240 penumpang menggunakan pesawat Singapore Airlines (SQ108) tiba di KLIA pada pukul 9.20 pagi.

 

Sebanyak enam pesawat iaitu Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Jetstar Asia dan Scoot membawa 1,300 peserta VTL udara dari Singapura ke KLIA dan KLIA2.

 

Sementara itu, di Johor, seramai 46 pengembara bagi kumpulan pertama VTL darat tiba di Larkin Sentral dari Singapura menaiki bas TranStar pada pukul 9.10 pagi.

 

Kesemua mereka juga wajib menjalani ujian pengesanan pantas (RTK), On Arrival Test (OAT) Covid-19 semasa tiba Terminal Larkin Sentral.

 

Sepanjang tempoh seminggu ini, dijangka seramai 19,180 rakyat Malaysia di Singapura akan pulang ke tanah menerusi pelaksanaan VTL.

Post a Comment