3 Buah Perlu Elak Di Awal Kehamilan, Ingatkan Nanas Jerr! – Manis Madu
3 Buah Perlu Elak Di Awal Kehamilan, Ingatkan Nenas Jerr!

3 Buah Perlu Elak Di Awal Kehamilan, Ingatkan Nanas Jerr!

Di awal kehamilan, banyak benda yang perlu diberi perhatian. Dari segi pemakanan, aktiviti harian dan lain-lain perlu mengikut saranan pakar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Seperti yang kita tahu, pengambilan buah-buahan memang bagus sebagai sumber nutrisi buat si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Namun, di awal kehamilan terdapat beberapa buah yang sebaiknya dielakkan oleh ibu-ibu.

 

Menurut seorang doktor melalui platform TikTok, beliau ada berkongsi 3 jenis buah yang perlu dielakkan di awal kandungan.

1. Anggur

gunter-hoffmann-LYaW8eq3mjs-unsplash (1)

Kenapa ya buah anggur tak boleh di makan ketika awal kandungan? Difahamkan kulit buah anggur terdapat komponen dikenali sebagai resveratrol. 

 

Terdapat satu kajian yang dibuat kepada monyet mendapati anak monyet itu pankreasnya tidak sempurna dan tidak normal. Kulit anggur juga memiliki racun serangga yang bahaya untuk bayi dalam kandungan.

2. Nanas

masahiro-naruse-4Hmf3K6NRQY-unsplash (1)

Komponen dalam nenas dikenali sebagai bromeliad yang sebenarnya bagus untuk sistem pencernaan tetapi komponen ini juga boleh melembutkan serviks.

 

Sebenarnya boleh sahaja makan nanas untuk ibu mengandung tetapi dalam kuantiti yang terkawal sebab masih boleh jadi punca keguguran! Alang-alang itu elak sahajalah makan untuk 9 bulan, lagi bagus.

3. Betik

pranjall-kumar-ipmkJx06XFM-unsplash (1)

Dalam buah betik yang sudah masak atau separuh masak, terdapat getah pada kulitnya dan tidak bagus untuk para ibu di awal kehamilan. Ini kerana getah tersebut boleh menyebabkan berlakunya contraction.

 

Tambah Dr Amirah, boleh sekiranya para ibu ingin memakan buah-buah ini di awal kehamilan tetapi hanya makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.

Post a Comment