3 Hari Bertarung Nyawa, Lelaki Meninggal Dunia Selamatkan Isteri – Manis Madu
3 Hari Bertarung Nyawa, Lelaki Meninggal Dunia Selamatkan Isteri

3 Hari Bertarung Nyawa, Lelaki Meninggal Dunia Selamatkan Isteri

Selepas isterinya maut dalam kebakaran Isnin lalu, kini suaminya pula meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa di hospital.

 

Jusoh Muda, 82 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 6.13 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

 

Menurut anak lelakinya, Zakaria 56 tahun, jenazah bapanya akan dikebumikan hari ini sebelum Zohor.

 

“Jenazah ayah masih berada di hospital dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibu iaitu di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama Chabang Tiga di sini,” jelasnya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Menurut Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid mengulas lebih lanjut dengan memberi kenyataan bahawa mangsa telah meninggal dunia di hospital ketika sedang menerima rawatan lanjut.

 

Jelasnya, mangsa yang melecur di bahagian kaki dan belakang badan telah memberi kesan kepada hampir 50% tubuhnya.

 

“Susulan kecederaan yang dialami itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi tadi,” ujarnya.

 

Dalam kejadian jam 10.35 pagi Isnin lalu, warga emas, Fatimah Mohd, 79, maut manakala suaminya melecur dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, di sini.

Post a Comment