3 Resipi Lidah Lembu Confirm Sedap, Cair Dalam Mulut! – Manis Madu
3 Resipi Lidah Lembu Confirm Sedap, Cair Dalam Mulut

3 Resipi Lidah Lembu Confirm Sedap, Cair Dalam Mulut!

Bahagian lidah lembu menjadi antara bahagian yang tidak terlalu digemari oleh sebahagian individu. Mungkin kerana bentuk atau baunya mematikan selera dan memberi pengalaman ‘mengerikan’ buat mereka.

Happy cows come from California

Hari ini Madu akan kongsikan 3 resipi olahan lidah lembu yang mudah disediakan dan pasti sedap!

@resep_debmOLAHAN LIDAH SAPI SUPER MANTAP!!!!! @steincookware♬ suara asli – @resep_inspirasi_debm

Lidah Lembu Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Daun salam
  • 1 biji lemon (dihiris nipis)
  • Bawang holland
  • Lada benggala (kuning)
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Lada hitam

 

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, potong lidah lembu dan rebus bersama lengkuas, serai, daun salam serta hirisan lemon. Proses ini dibuat untuk menghilangkan bau hamis pada lidah lembu.
  2. Seterusnya, tumis bawang holland diikuti lada benggala berwarna kuning. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau.
  3. Jika bahan tumisan tadi sudah agak garing, masukkan lidah lembu dan kacau hingga rata.
  4. Sebagai perasa, tambahkan satu sudu sos tiram, garam, serbuk perasa serta lada hitam.
  5. Gaul semua sekali hingga bahan-bahan meresap dan sedia untuk dihidang!

Lidah Lembu Kukus Cili Hijau

Bahan-bahan:

  • Cili hijau
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun salam
  • Serai
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sedikit air

 

Cara penyediaan:

  1. Kukus lidah lembu bersama cili hijau, bawang merah dan bawang putih. Jangan lupa tutup periuk supaya masak dengan lebih cepat.
  2. Jika lidah lembu tadi sudah masak, angkat dan potong terlebih dahulu. Bahan yang lainnya juga diangkat dan ditumbuk hingga halus.
  3. Kemudian, tumis daun salam bersama serai dan masukkan bahan yang sudah ditumbuk halus dan masak hingga bertukar warna. Sambil-sambil itu, tambahkan serbuk perasa, garam dan sedikit air.
  4. Akhir sekali, masukkan lidah lembu dan kacau semua bahan hingga merata dan meresap. Setelah itu sudah boleh disajikan!

Lidah Lembu Berlado

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili besar
  • Daun kemangi

 

Cara penyediaan:

  1. Goreng bawang merah, putih dan cili besar di dalam minyak panas. Goreng kejap jerr tau. Bila sudah kelihatan sudah agak layu, angkat dan tumbuk sehingga semuanya halus.
  2. Jika bahan-bahan tadi sudah halus, tumis semuanya hingga naik bau dan masukkan lidah lembu ke dalamnya. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk perasa!
  3. Gaul bahan-bahan tadi hingga merata dan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, masukkan daun kemangi. Tunggu seketika sehingga bahan-bahan masak dengan sempurna dan sedia untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

 

Mudah dan nampak menyelerakan betul hidangan lidah lembu yang sudah diolah ini. Tak sabar nak cuba masak di rumah!

Sumber: TikTok

Post a Comment