3 Resipi Udang Kaum Wanita Wajib ‘Master’, Senang Jerr Nak Masak 3 Resipi Ini!
Memasak udang sebenarnya mudah sahaja tetapi makanan laut ini jarang menjadi pilihan mak-mak untuk menu harian. Salah satunya mungkin kerana harganya yang mahal.
Bagi sesiapa yang menggemari hidangan udang, terutamanya buat gadis-gadis, 3 hidangan di bawah ini korang sepatunya dah ‘master’. Bukan apa, sebab resipi-resipi ini sangat mudah dan paling basic. Jom belajar!
Udang Goreng Kunyit
Menu ini Madu rasa paling mudah dan paling asas. Maduners kena cuba buat!
View this post on Instagram
Bahan-bahan:
- 10 ekor udang sederhana besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- 1 ulas bawang besar – potong nipis
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam, gula
- Sedikit kunyit
- Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, korang bersihkan udang dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan.
- Kemudian, tumbuk kasar bawang putih dan cili padi. Tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau.
- Masukkan bawang besar yang sudah dihiris dan biarkan hingga menjadi sedikit layu.
- Masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan goreng sehingga masak. Jangan biarkan dalam kuali terlalu lama tau, nanti udang terlebih masak.
- Seterusnya, masukkan sos tiram dan kacau sebati. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Siap!
Resipi Udang Celup Tepung Ala Thai
Menu ini kalau dihidangkan kepada anak-anak, mesti mereka suka. Eh, jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun minat!
Bahan-bahan:
- Udang – 10 ekor atau lebih
- Telur 1 biji
- Serbuk perasa
- Tepung
- Air
Cara penyediaan:
- Sebelum mula memasak, seperti biasa…korang kena siang udang dulu. Selepas siang, kupas kulit dan keringkan di atas kain atau tisu.
- Seterusnya, sediakan bahan bancuhan tepung terlebih dahulu.
Bahan bancuhan di bawah:
- Tepung jenama Blue Key 3 sudu
- Telur 1 biji
- Air (ikut kepekatan yang Maduners mahukan)
- Gaul sebati
- Bila bahan bancuhan dah siap, korang boleh terus panaskan minyak. Celupkan udang yang sudah dikeringkan tadi dan celup dalam bancuhan tepung.
- Goreng dalam kuali dengan minyak panas ya. Kejadiannya memang rangup dan kembung elok. Layan!
Lepas ini, tak payah cari kedai Thai dah. Buat sendiri jerr! Untuk dapat gambaran yang lebih jelas, korang boleh rujuk video di bawah.
Resipi Udang Masak Merah
Udang masak merah juga merupakan antara menu asas yang kalau boleh, semua para wanita patut ‘master’ sebab mudah sahaja nak sediakan. Jom belajar!
View this post on Instagram
Bahan bahan:
- 16 ekor/300 gram udang
- 20 tangkai cili kering – guna 3 sudu cili kisar
- 3 sudu besar cili sos
- 1 – 1 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit serbuk perasa
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 ibu jari halia
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan mula tumiskan bahan kisar dan cili dengan api perlahan sehingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
- Untuk udang, kalau Maduners suka, boleh goreng separuh masak terlebih dahulu. Selepas goreng, angkat dan ketepikan.
- Kemudian, masukkan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air dan kacau rata. Bila kuah dah menjadi secukup rasa, masukkan udang dan kacau sebentar sahaja sehingga udang masak. Kalau suka, boleh letakkan hirisan bawang besar dan kacau hingga layu.
Tips untuk memasak udang, jangan masak terlalu lama kerana tekstur udang akan menjadi keras dan liat jika overcooked. Selamat mencuba Maduners!