4.3 Juta Penduduk Amerika Syarikat Berhenti Kerja Akibat Covid-19 – Manis Madu
4.3 Juta Penduduk Amerika Syarikat Berhenti Kerja Akibat Covid-19

4.3 Juta Penduduk Amerika Syarikat Berhenti Kerja Akibat Covid-19

Sebanyak 4.3 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berhenti kerja, Ogos lalu.

 

Menurut Utusan, angka itu mewakili 2.9 peratus daripada semua sektor pekerjaan di AS sekali gus merekodkan kadar tertinggi jumlah individu berhenti kerja.

 

Kadar yang tinggi itu menunjukkan tahap keyakinan pekerja AS mengenai pekerjaan mereka seperti dilaporkan oleh Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) oleh Jabatan Tenaga Kerja AS. 

 

Kajian mendalam mengenai data tersebut turut menyaksikan punca peningkatan itu akibat ketakutan dijangkiti varian Delta Covid-19.

pekerja sektor penghantaran makanan

Sebanyak 892, 000 pekerja melibatkan sektor penghantaran makanan dan pelanggan berhenti kerja semasa lonjakan kes Covid-19, Ogos lalu. Angka itu bertambah 157, 000 berbanding bulan sebelumnya.

 

Menurut tinjauan oleh Persekutuan Nasional Perniagaan Bebas mengenai pasaran buruh AS, sebanyak 22 juta orang hilang pekerjaan akibat gelombang pandemik tahun lalu. 

 

Kira-kira 51 peratus pemilik perniagaan kecil memaklumkan mereka mempunyai peluang pekerjaan yang tidak diisi pada September lalu. 

 

Sementara itu, bilangan tawaran kerja di AS jatuh kepada 10.4 juta Ogos lalu, berbanding rekod 11.1 juta, bulan sebelumnya. 

 

Bagi menarik minat individu bekerja, beberapa syarikat mula menawarkan insentif seperti bonus dan kenaikan gaji. 

 

Sebanyak 42 peratus pemilik perniagaan kecil memaklumkan mereka menaikkan jumlah pampasan bulan lalu sekali gus merekodkan jumlah tertinggi sejak 48 tahun lalu.

Post a Comment