4 Jenis Perniagaan Paling Untung Semasa Pandemik Ini! Korang Patut Fokus Pada 4 Industri Ni! – Manis Madu
4 Jenis Perniagaan Paling Untung Semasa Pandemik Ini

4 Jenis Perniagaan Paling Untung Semasa Pandemik Ini! Korang Patut Fokus Pada 4 Industri Ni!

Musim PKPB ini, runsing kan bila fikir pasal ekonomi negara? Jangankan ekonomi negara, ekonomi keluarga sendiri lagi buat pening kepala sebab ramai yang terkesan dengan pandemik ini. Ada yang kena buang kerja, dipotong gaji dan lain-lain.

Tapi jangan risau, Maduners yang ekonomi terjejas mungkin boleh cuba empat jenis perniagaan ini untuk bantu masalah ekonomi korang.

#1 Industri Makanan

Industri Makanan

Sebut pasal makan, siapa je boleh tolak kan? Madu cadangkan pada Maduners untuk cuba bina perniagaan dalam industri makanan sebab makanan ini hari-hari akan ada permintaan.

 

Hari-hari orang cari makanan, hari-hari orang makan. Maduners boleh iklankan perniagaan dalam media sosial. Contohnya di Facebook, Twitter, Instagram dan boleh sediakan perkhidmatan delivery atau menggunakan perkhidmatan delivery yang ada.

#2 Essential industries

hand-sanitizer-face-shield-dan-pelitup-muka

Essential industries ini adalah industri yang berkaitan dengan keselamatan. Apa sahaja yang berkait dengan keselamatan. Contohnya jual hand sanitizer, face shield dan pelitup muka. Perniagaan jenis ini pun banyak bagi keuntungan kerana permintaan yang tinggi. Selain dapat menjana pendapatan, Maduners secara tak langsung dapat bantu ramai orang dalam menjaga keselamatan.

#3 Health care

pharmacy-768

Bagi health care ini pula adalah barang-barang berkaitan dengan kesihatan. Contohnya supplemen atau produk-produk kesihatan. Bab kesihatan, lazimnya orang tak akan kompromi!

 

Sekarang, orang ramai amat titik beratkan imun sistem diri dan juga keluarga mereka.

#4 Skincare

skincare-manismadu

Cuba Maduners perhatikan produk berkaitan kecantikan, walaupun di musim pandemik ini masih lagi laku keras! Haa, orang sekarang duduk rumah pun nak cantik. Maduners boleh cuba libatkan diri dalam perniagaan berkaitan kecantikan ini, mesti untung.

 

Situasi pandemik ini bukan alasan untuk Maduners terus mengalah dengan hidup, bagi Maduners yang berada dalam keadaan yang sukar sekarang, Madu doakan semoga korang kuat. Be strong!

Post a Comment