5 Atlet Lelaki Terkacak Di Olimpik Tokyo 2020! – Manis Madu
Lima Atlet Lelaki Terkacak Di Olimpik Tokyo 2020

5 Atlet Lelaki Terkacak Di Olimpik Tokyo 2020!

Tidak dinafikan, jika ada temasya besar yang melibatkan ramai individu dari seluruh dunia, pasti ada jer mata-mata yang mencuri pandang mencari individu yang mempunyai rupa paras menarik. 

 

Lebih baik korang jujur, korang pun macam itu kan? 

 

Jadi, hari ini jom kita tengok pula antara top 5 atlet terkacak Olimpik 2020. Mana tahu salah seorang ini ada dalam senarai Maduners.

#Tom Daley

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tom Daley (@tomdaley)

Atlet penyelam terkacak yang mewakili negara Britain ini dikatakan pernah memasuki Olimpik Beijing 2008 pada usianya ketika itu baru mencecah 14 tahun. 

 

Wow! Memang sangat menakjubkan, baru 14 tahun dah dapat masuk Olimpik uolls! 

 

Tom Daley telah banyak kali meraih emas, tetapi setelah 13 tahun bertanding, dia akhirnya memenangi emas pertamanya dalam acara platform 10 meter selari lelaki bersama pasangannya Matty Lee.

 

Dengan penampilan dan keperibadian yang menawan serta kepakarannya dalam sukan, Tom Daley kini mempunyai lebih dari 2 juta pengikut di YouTube, Instagram dan Twitter.

#Marco Asensio

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marco Asensio (@marcoasensio10)

Kalau sebut jer tentang bola sepak pertama sekali yang orang akan pandang pastinya barisan pemain bola sepak. Hmm memang kalau pemain bola sepak ini auto jadi kegilaan ramai kan ?

 

Begitu jugalah dengan pemain bola sepak Olimpik Tokyo 2020  yang berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Marco Asensio.

 

Dia merupakan pemain profesional dan kini bermain untuk pasukan Real Madrid di La Liga sebagai pemain tengah dan pemain sayap.

 

Dalam Sukan Olimpik Tokyo ini, Asensio merupakan pemain yang boleh dikatakan sudah berusia sedikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain untuk membantu Olimpik Sepanyol meraih pingat emas di Tokyo. 

 

Walaupun dah berusia tetap tampan dan seksi tau! Haa jangan main-main.

#Ran Takashi

Atlet bola tampar berasal dari negara Jepun ini juga dikatakan salah seorang yang viral di media sosial. Atlet berusia 19 tahun ini viral ketika pasukannya menentang pasukan belanda di sukan Olimpik Tokyo 2020.

 

Ran Takahashi yang melakukan pukulan smash ketika itu berjaya membuat peminatnya terpesona.

 

Dia dikatakan memiliki beberapa keturunan antaranya keturunan berdarah Amerika dari datuknya, dan keturunan Jepun-Jerman dari ibunya.

 

Ran mula bermain bola tampar sejak di bangku sekolah lagi dan pernah memegang jawatan sebagai kapten pasukan.

 

Wajahnya yang seakan baby face dan kulit yang sangat mulus itu membuatkan ramai gadis-gadis cair melihatnya apatah lagi bila tengok dia tersenyum.

#Arthur Nory

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arthur Nory (@arthurnory)

Arthur Nory merupakan seorang atlet gimnastik yang mewakili negara Brazil dan pernah memenangi pingat gangsa di Olimpik musim panas 2016 di Rio, Brazil.

 

Memiliki tubuh badan yang sasa dan seksi sesuai dengan jenis sukan yang disertainya dimana Arthur memerlukan kekuatan, kawalan dan kestabilan yang tinggi untuk menjadi seorang ahli gimnastik yang mahir. 

 

Tubuh badan yang sasa sememangnya menjadi kegemaran para wanita di luar sana. 

 

Penglibatan Arthur dalam sukan Olimpik berjaya mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi wajahnya yang sangat manis dan sedap mata memandang.

#Welson Sim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Welson Sim (@welsonsim)

Menduduki tempat pertama di hati peminat Malaysia dan juga negara China dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 jatuh kepada Oppa Malaysia!

 

Welson Sim merupakan atlet renang yang mewakili Malaysia ini turut menjadi perbualan hangat di media sosial. 

 

Welson Sim berjaya menarik tumpuan penonton bukan sahaja di Malaysia malah di negara China juga.

 

Jejaka tampan Malaysia ini mula mencuri perhatian warga China ketika dia menonjolkan diri dalam upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 walaupun ketika itu dia memakai pelitup muka.

 

Atlet Malaysia yang berasal dari Kuching, Sarawak ini difahamkan mewakili negara dalam kategori renang 200 meter dan 400 meter gaya bebas. 

 

Dia pernah merangkul pingat emas bagi kedua-dua acara berkenaan dalam Sukan SEA 2017 yang lalu.

 

Kalau kita tengok di laman Instagramnya juga, Selain aktif dalam sukan renang, Welson Sim juga dilihat sangat berminat dalam dunia permotoran.

Hah! Macam mana? Kacak ke tak kacak atlet-atlet Olimpik kita kali ini?

Post a Comment