5 Bahan Yang Bahaya Dalam Produk Kosmetik! Hati-Hati Dengan Produk Timbang Kilo – Manis Madu
5 Bahan Yang Bahaya Dalam Produk Kosmetik

5 Bahan Yang Bahaya Dalam Produk Kosmetik! Hati-Hati Dengan Produk Timbang Kilo

Zaman sekarang ini, lambakan produk kecantikan boleh dijumpai di mana-mana, tak kiralah dekat drugstore, farmasi, kedai menjual produk kecantikan atau di media sosial.

 

Dari produk tempatan hingga antarabangsa semuanya laju betul keluarkan produk kecantikan. Yelah, semua orang berlumba-lumba nak cantik dan menawan. Tapi ada beberapa perkara yang Maduners kena ambik berat sebelum memilih produk kecantikan untuk kulit.

 

Hari ini Madu akan share beberapa bahan yang perlu dielakkan dalam kosmetik sebab bukan sahaja membahayakan kulit Maduners tapi yang paling merisaukan boleh rosakkan buah pinggang dan menyebabkan kanser juga!

#1 Hydroquinone

Hydroquinone

Sumber Gambar: www.amazon.com

Hydroquinone ini adalah sejenis bahan yang ada dalam kosmetik dan bertindak sebagai agen pemutih. Dia akan matikan sel yang bertindak menghasilkan melanin. Haa! Sebab itu bila pakai produk yang ada Hydroquinone ini muka akan jadi putih melepak!

 

Menurut portal MyHealth, kadar hydroquinone yang dibenarkan dalam sesuatu produk hanya sebanyak 0.02% dan atas pengawasan doktor ya.

 

Antara kesan selepas penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone adalah menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit, meningkatkan risiko kanser kulit, jika terkena mata boleh menjejaskan kesihatan dan banyak lagi.

#2 Merkuri

Bahaya-Merkuri

Sumber Gambar: www.kompasiana.com

Madu yakin mesti ramai antara Maduners yang tahu tentang merkuri atau paling kurang pernah dengar tentang merkuri ini yang mana merkuri merupakan salah satu jenis logam yang banyak ditemui secara semula jadi dalam alam sekitar.

 

Yang menjadi bahayanya adalah apabila merkuri ini dicampurkan dalam bahan kosmetik kerana ia akan menjadikan kulit korang licin dan putih dalam masa yang singkat. Produk yang menjanjikan kesan seawal tiga hari itu Maduners kena check kandungan produk tersebut.

kesan-merkuri-dalam-produk-kosmetik-terhadap-badan-dan-alam-sekitar-8

Sumber Gambar: iluminasi.com

Kesan penggunaan merkuri pada kulit memang sangat bahaya, kerosakan buah pinggang, kerosakan sistem saraf, menganggu bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan penggunanya kemurungan dan dalam keresahan.

#3 Tretinoin

tretinion

Sumber Gambar: www.skinsolutions.md

Selain daripada manfaat vitamin C dan B, vitamin A juga bagus untuk merawat masalah kulit sebenarnya. Tretinoin adalah salah satu daripada golongan vitamin A. Lazimnya penggunaan tretinoin adalah untuk merawat masalah jerawat tapi kena ingat, penggunaan tretinoin ini perlulah di bawah pengawasan doktor.

 

Kesan jangka masa pendek produk yang mengandungi tretinoin adalah rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat semakin menebal dan kulit menjadi sensitif terhadap sinaran UV. Kesan jangka panjang pula, ia boleh mencacatkan wajah.

 

Madu ingatkan semula, penggunaan prodik ini adalah dibawah pengawasan doktor!

#4 Steroid

Steroid-laced-cosmetics

Sumber Gambar: www.deccanchronicle.com

Steroid adalah sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh badan yang mana bertindak mengawal fungsi badan. Steroid ini sebenarnya dah diklasifikasikan sebagai racun terkawal dan penggunaanya mestilah di bawah nasihat dan pengawasan doktor.

 

Pada awal penggunaan memanglah nampak kesan yang cantik pada kulit. Jerawat hilang, muka makin putih, glowing dan flawless tapi jika digunakan secara berterusan, kulit korang akan menipis dan kemungkinan kulit untuk breakout tu sangat tinggi.

#5 Betamethasone

Bahan ini digunakan dalam rawatan, kawalan dan pencegahan bagi masalah kulit. Penggunaan betamethasone juga perlulah dibawah kawalan dan pengawasan doktor.

 

Kesan sampingan selepas penggunaan produk yang mengandungi betamethasone ini berbeza bagi setiap individu. Antara kesan sampingannya adalah gatal-gatal pada kulit, kulit kering dan kehabisan tenaga.

Madu faham kita sebagai wanita ini memang lumrahnya inginkan kecantikan tapi janganlah terlalu ghairah nak cantik sampai mengabaikan kesihatan dan mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment