5 Barang Dikumpul Menjadi Koleksi Peribadi, Paling Unik Ada Yang Kumpul Helaian Rambut Selebriti! – Manis Madu
5 Barang Dikumpul Menjadi Koleksi Peribadi

5 Barang Dikumpul Menjadi Koleksi Peribadi, Paling Unik Ada Yang Kumpul Helaian Rambut Selebriti!

Pelik tapi benar, ini dia  jenis-jenis barangan yang dikumpul oleh orang serata dunia yang boleh dikatakan unik dan menarik!

 

Kalau kumpul pinggan mangkuk memang normal! Tapi, tahukah Maduners yang ada juga orang yang mengumpul helaian rambut selebriti dan tokoh ternama?

1. Koleksi Mainan Restoran Fast-Food

Koleksi-Mainan-Restoran-Fast-Food

Dapat sahaja mainan daripada restoran segara yang comel, selalunya kita akan main untuk dua tiga hari sahaja, selepas itu, hilang dah mainan tersebut.

 

Menurut Iluminasi, Luke Underwood mempunyai 7,000 unit mainan daripada restoran segera yang telah dikumpul dari semasa ke semasa. Banyak gilerrr! Pada usia hanya 11 tahun, dia juga telah berjaya menjual set koleksi mainannya dengan harga RM40,000.

2. Sabun

Pensioner-collects-5000-bars-of-soap

Sabun pun nak kumpul ke? Kalau Maduners perhatikan, sabun buku selalunya mempunyai bentuk dan haruman yang berbeza antara satu sama lain. Mungkin, inilah sebabnya Carol Vaughn menjadi pengumpul sabun yang sangat popular!

 

Dari tahun 1991, dia kumpul sabun, Maduners boleh bayangkan tak, berapa banyak sabun yang telah terkumpul sampai tahun 2020 ini? Amazing!

3. Helaian Rambut Selebriti dan Tokoh Ternama

a-strand-of-hair-from-Abraham-Lincoln-768

Sumber Gambar: www.nytimes.com

Rambut selebriti dan tokoh ternama seperti Abraham Lincoln, Marilyn Monroe dan Albert Einstein merupakan antara yang berjaya dikumpul oleh John Reznikoff.

 

Seperti yang dinyatakan oleh Why The Podcast, zaman dahulu, sehelai rambut sama nilainya seperti autograf orang-orang terkenal tersebut!  Cuba bayangkan kalau jual rambut itu? Kumpul rambut pun boleh kaya! OMG!

4. Sudu

sliver-spoon

30,000 sudu dalam sebuah koleksi? Wow! Madu tak boleh bayangkan betapa penuhnya rumah Mr. Des Warren dengan sudu. Koleksi beliau juga telah berjaya mencatat rekod di Guiness World Records tau! Senang jer kalau Mr. Des Warren nak makan, sudu dalam rumah pun ada 30,000.

5. Tin Air

Walaupun tin air boleh dijumpai di mana-mana kedai sahaja, yang membuatkan seorang pengumpul tin air teruja untuk mengumpul ialah design tin air tersebut yang limited edition.

 

Selalunya di Malaysia, setiap kali ada sambutan seperti hari perayaan, mesti ada corak tin air yang baru dan rare!

Pepsi-Cultural-Cans

Dan yang menarik kali ini untuk Hari Malaysia, Pepsi akan melancarkan kempen ‘Budaya Kita, Alami Bersama’ yang mana ada design edisi terhad yang bakal menambat hati korang semua!

Claypot-by-Artist-Cloakwork

Design yang pertama Claypot oleh Cloakwork. Ianya boleh didapatkan di mana-mana cawangan myNews.

Seterusnya, Acuan Kuih Loyang yang direka oleh Sliz, ia juga akan dijual di Kedai Mesra PETRONAS.

Design Pestle & Mortar oleh Thineswari pula akan dijual hanya di cawangan kedai Select, Shell.

 

Cantikkan semua corak rekaan artis terkemuka tanah air kita? Sangat berbakat! Pepsi juga akan mengadakan peraduan digital  Beli, Snap dan Menang yang akan berlangsung pada bulan September dengan hadiah lumayan bernilai RM100 untuk 10 pemenang bertuah!

 

Cara Penyertaan Peraduan Beli, Snap dan Menang

 

Langkah 1– Beli ketiga-tiga tin Pepsi Edisi Terhad Hari Malaysia yang berbeza dari myNEWS, Kedai Mesra Petronas dan Shell Select.

Langkah 2– Snap gambar dengan semua tin tersebut secara kreatif dan muat naik di media sosial Maduners berserta hashtag #PepsiBudayaKitaAlamiBersama .

 

Ingat! Profil media sosial Maduners perlulah dalam keadaan public.

 

Jomlah ramai-ramai kumpulkan kesemua design tin air Pepsi bersempena kempen Hari Malaysia, ‘Budaya Kita, Alami Bersama’!

 

Manalah tahu satu hari nanti, koleksi ini akan jadi terkenal dan sangat mahal, untunglah kita! Untuk maklumat lanjut, Maduners boleh layari http://etikaholdings.com/campaign/merdekawithPepsi.

Post a Comment