5 Biskut Paling Terbaik Di Dunia? Tak Lengkap Krismas Kalau Tak Ada Salah Satu Biskut Ini!
Tak lengkap rasanya sambutan Krismas tanpa biskut! Bahkan terdapat di sebahagian negara telah menjadi tradisi bagi menyediakan biskut di hari sambutan Krismas.
Kali ini Madu senaraikan 5 biskut terbaik di seluruh dunia, semua sedap-sedap!
#1 Finnish Pinwheels
Sumber Gambar: www.bakefromscratch.com
Untuk pengetahuan Maduners, biskut ini lazimnya dibuat ketika musim perayaan Krismas dan ia juga lebih dikenali sebagai Joulutorttu.
Tart Finland yang rapuh ini akan diisi dengan jem buatan sendiri dan dilipat berbentuk pinwheels, bintang atau bunga.
#2 Chocolate Lebkuchen
View this post on Instagram
Biskut yang kedua ini berasal dari negara Jerman. Chocolate Lebkuchen ini telah wujud pada awal kurun ke 13 di Franconia, Jerman. Maduners nak tahu tak, yang menariknya, biskut ini memberi dua rasa berbeza iaitu dari rasa pedas dan juga rasa manis. Macam pelik.
Mixed Lebkuchen! 🎄 At Tesco @Tesco #tesco #lebkuchen #german #festive #christmas #wellthisisnew pic.twitter.com/84V74R4NXW
— Well This Is New (@All_Things_New_) November 26, 2020
Antara bahan-bahan yang lazimnya digunakan untuk membuat Lebkuchen termasuk madu, rempah-rempah seperti ketumbar, cengkeh dan halia, manakala kacang termasuk kacang almond dan kacang hazel. Dengar cerita, kat Tesco ada jual biskut ini? Madu rasa macam nak cari pula, boleh rasa biskut unik ini.
#3 Italian Sprinkle Cookies
tell that to the Italian Sprinkle cookies WE are making rn 😤 https://t.co/ViwxcAN0OL pic.twitter.com/mCmXcRM6WF
— alese devin (@alese_d) December 14, 2019
Biskut terbaik yang ketiga ini pula, macam Madu selalu nampak. Macam biskut raya Melayu! Tetapi Italian Sprinkle Cookies ini selalu disediakan untuk sambutan Krismas. Rasanya lebih kurang biskut mentega tapi yang membuatkan biskut ini istimewa adalah taburan sprinkle di atas biskut tersebut. Nampak sangat menarik dan menyelerakan!
#4 Mexican Cinnamon Cookies
View this post on Instagram
Mexican Cinnamon Cookies merupakan biskut yang popular di daerah Nuevo León dan Caohuila di Mexico. Untuk nak hasilkan biskut ini, bahan yang digunakan adalah mentega, tepung, esen vanilla, serbuk kayu manis, gula dan garam. Biskut ini lazimnya disediakan pada majlis penting seperti majlis perkahwinan dan sambutan Krismas.
#5 Bohemian Kolaches
Work (and snack all the time) from home situation. Sorry not sorry. 🥺👉🏻👈🏻 (These handmade #kolaches are just so hard to resist. 😍) #FridayFeeling #WeGotThisWA #Seattle pic.twitter.com/ZxVUgRRdvJ
— Little Prague Bakery & Deli (@LittlePrague_US) July 24, 2020
Hidangan pencuci mulut ini berasal daripada Republik Czech. Bohemian Kolaches adalah sejenis pastri yang dibuat daripada doh dan kebiasaannya diisi dengan buah. Tapi kadang-kadang diisi juga dengan cheese. Nyum!
View this post on Instagram
Nak tahu macam mana nak buat biskut-biskut yang Madu cakap dekat atas? Tunggu artikel seterusnya Madu ajar buat biskut terbaik di dunia!
Haa! macam mana dengan biskut terbaik di dunia ini? Ada yang jadi kegemaran Maduners tak?