5 Drama Melayu Yang Dah Tambat Hati Korang 2020 Ini! Agaknya Drama Yang Mana Di Tangga Pertama? – Manis Madu
Drama Melayu Yang Dah Tambat Hati Korang 2020

5 Drama Melayu Yang Dah Tambat Hati Korang 2020 Ini! Agaknya Drama Yang Mana Di Tangga Pertama?

Tahun 2020 memang sangat memberi impak yang besar dalam hidup sesiapa juga di muka bumi ini, tak terkecuali kepada penggiat seni. Mereka juga terkena tempias apabila Covid-19 melanda!

 

Tapi dapat kita tengok 2020 ini masih ada drama-drama hebat yang dihasilkan untuk tontonan rakyat Malaysia, tidaklah terlalu bosan bila terpaksa berkuarantin di rumah.

 

Jadi sebelum pengakhiran 2020, jom kita tengok senarai 5 drama melayu terbaik bagi bagi tahun ini!

#5 Kampung People 2

Kampung-People-2-768x960

Sumber Gambar: www.myinfotaip.com

Siapa je tak tahu drama ini kan? Salah satu drama yang mencetuskan fenomena ketika musim pertama! Drama ini boleh tahan viral juga kerana kelainan yang ditonjolkan, memang tak klise.

Pelakon-Kampung-People-2-768

Sumber Gambar: www.myinfotaip.com

Drama ini mengisahkan tentang keluarga Razif dan Mona yang terpaksa berpindah dan menyesuaikan diri di kampung oleh kerana diancam. Ragam keluarga ini yang pelbagai membuatkan penonton tak kering gusi dan have fun masa tengok drama ini. Maduners layan tak drama ni?

#4 Budak Tebing

Budak-Tebing-768x971

Sumber Gambar: www.myinfotaip.com

Drama ini juga menjadi antara drama viral sepanjang tahun 2020 dan mendapat pujian ramai pihak. Kalau nak tahu drama ini tunjuk realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Maduners yang belum tengok lagi drama ini, Madu memang sarankan untuk korang tengok!

#3 Korban Kasih

Ha, tahu tak drama ini? Drama ini ditayangkan di saluran TV1 dan mendapat sambutan hebat!ย  Pada awalnya drama ini dapat kritikan pedas kerana pemilihan pelakon dikatakan tak bersesuaian langsung, tapi drama ini tetapi berjaya tambat hati penggemar drama Melayu.

Drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin ini membawa penonton menyelami kehidupan Jalil yang di anak tirikan oleh ibu kandungnya sendiri. Korban Kasih bagi Madu, cukup rencah kerana semua emosi boleh dirasai dalam drama ini. Yang penting, tak klise!

#2 Cinta Sekali Lagi

Aduh aduh, drama ini yang tengah main di TV3 sekarang. Madu emosi jerrr memanjang tengok drama ini. Mana taknya, drama Cinta Sekali Lagi mengetengahkan dendam seorang adik terhadap kakaknya. Fuhh, bagi Madu drama ini memang tonjolkan sedikit kelainan dan antara faktor kejayaan drama ini adalah kerana barisan pelakon yang hebat!

Setiap dialog itu dilontarkan dengan sangat baik dan emosi itu sampai ke hati! Haa gitcheww! Apa-apa pun, Maduners kena nantikan apa kesudahan drama ini.

#1 7 Hari Mencintaiku 2

Setuju tak bila Madu letakkan drama ini di tempat pertama? Madu ingat lagi ya, betapa hebatnya fenomena masa drama ini ditayangkan. Tak keterlaluan Madu katakan, hampir 1 Malaysia bercakap tentang drama ini.

Nak pula dibarisi pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahya, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila dan ramai lagi. Lakonan mereka memang tak dapat disangkal lagi, sangat hebat dan berkesan. Kadang-kadang rasa macam betul-betul wujud watak dalam drama ni. Feeling betul! Maduners yang belum tengok lagi drama ni, wajib tengok okay!

Madu tahu setiap orang ada pilihan masing-masing tapi ini ialah top 5 drama melayu terbaik bagi tahun 2020 dari Madu! Apa pendpat Maduners tentang senarai Madu ini?

 

Apa-apa pun setiap drama ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, janji kita sokong drama tempatan!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment