5 Jenama Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak – Manis Madu

5 Jenama Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Maduners yang mempunyai masalah kulit berminyak mesti pening nak cari jenis moisturizer yang sesuai dengan anda.

 

Jangan risau Madu dah sediakan 5 jenama moisturizer yang sesuai dengan kulit berminyak!

1. The Body Shop Tea Tree Mattifying Lotion

The Body Shop – RM69.00 (50ml)

Sumber Gambar: TheBodyShop.com.my

Maduner yang peminat setia The Body Shop mesti tahu yang koleksi terbaru The Body Shop adalah Tea Tree dan salah satu produk daripada koleksi ini adalah Tea Tree Mattifying Lotion!

 

Moisturizer ini sesuai dengan Maduners yang ada masalah kulit berminyak sebab pelembap ini membantu menyerap lebihan sebum dan menghidrasikan kulit muka kita!

 

Perkara paling penting adalah moisturizer ini membantu mengurangkan pori daripada tersumbat!

2. Hada Labo Hydrating Water Gel

Watsons – RM65.88 (50g)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hada Labo Malaysia (@hadalabomalaysia) on

Hada Labo merupakan jenama terkenal daripada Korea yang mengeluarkan pelbagai rangkaian produk untuk pelbagai masalah kulit.

 

Bagi masalah kulit berminyak, Madu cadangkan untuk guna moisturizer ini sebab teksturnya yang ringan memberikan kesan hidrasi yang instant kepada kulit muka anda!

 

Fun fact! Produk ini mengandungi alkohol, jadi Maduners yang mempunyai kulit sensitif terhadap alkohol, hati-hati untuk tidak memakai produk ini.

3. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

Cosmetic Now MY – RM165.00 (50ml)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kiehl’s Malaysia (@mykiehls) on

Kulit Maduners berminyak dan berjerawat pada masa yang sama? Jangan risau, Maduners boleh cuba guna moisturizer ini.

 

Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini juga mengandungi ekstrak Imperata Cylindrica Root, Antarcticine yang membantu melembapkan kulit anda!

 

Tekstur moisturizer ini tidak berminyak yang mana membantu menghalang kulit muka Maduners daripada menghasilkan kulit berminyak yang melampau.

4. The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream

The Body Shop – RM70.00 (50ml)

Sumber Gambar: TheBodyShop.com.my

Tekstur produk ini sangatlah smooth dan wangi dengan sedikit sentuh bau rumpai laut yang ringan membantu memberikan ketenangan kepada pemakai produk ini.

 

Moisturizer ini membantu mengeringkan lebihan minyak di kulit muka anda dan membantu kulit muka anda untuk tidak rasa berminyak atau berat!

 

Perhatian, Maduners yang mempunyai kulit kering jangan pakai produk ini sebab ianya bertujuan untuk mengeringkan lebihan minyak, jadi tak sesuai untuk masalah kulit kering.

5. Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Watsons – RM60.21 (50g)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neutrogena Malaysia (@neutrogenamy) on

Produk daripada Neutrogena ini sesuai untuk Maduners yang mempunyai kulit berminyak dan juga kulit kombinasi.

 

Hydro Boost Water Gel ini mempunyai tekstur yang ringan dan membantu mengawal minyak daripada terhasil pada kulit muka anda.

 

Fun fact! Lepas pakai produk ini, kulit anda akan nampak bersinar ala matte look!

Post a Comment