5 Petua Hilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili! Lepas Ini Dah Tak Risau Tangan Gatal & Pedih – Manis Madu
5 Petua Hilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili

5 Petua Hilangkan Pijar Tangan Yang Terkena Cili! Lepas Ini Dah Tak Risau Tangan Gatal & Pedih

Maduners yang memang suka makan masakan yang pedas dan selalu masak menggunakan cili wajib tahu petua ini!

 

Kebiasaanya bila masak menggunakan cili sebagai bahan, tak kiralah memotong, menggunting ataupun kena menumbuk cili, kadang-kadang rasa pijar pada tangan.

Apa itu Pijar?

tangan-hangat

Sumber Gambar: hellosehat.com

Bila memasak menggunakan cili, mesti kadang-kadang beri kesan pada tangan kita sampai rasa pedih, gatal dan panas walaupun setiap cili ada tahap kepedasan yang berbeza. Itulah maksudnya pijar.

 

Nak tahu tentang cili jenis dengan tahap kepedasan yang berbeza, Maduners boleh baca artikel INI.

 

Berbalik kepada pijar yang berlaku di tangan kita, sebenarnya ada beberapa petua mudah untuk hilangkan pijar dan hanya perlu guna bahan yang boleh dijumpai dengan mudah di dapur rumah!

#5 Genggam Beras

close-up-white-uncooked-rice-human-hand-wooden-plate-768

Ha? Genggam beras? Ya, Madu tanya bunyi macam pelik tapi menjadi salah satu petua turun temurun.

 

Bila dah rasa pijar, boleh terus masukkan tangan ke dalam bekas berisi beras. Kalau nak cepat boleh terus rendam ke dalam bekas tong beras di rumah, tapi kalau Maduners lebih gemar untuk asingkan beras dahulu pun boleh juga, atas pilihan masing-masing.

#4 Garam

scoop-in-himalayan-salt

Takkan rumah Maduners tiada garam betul tak? Setiap rumah wajib ada garam yang mana benda ini memudahkan Maduners untuk hilangkan pijar di tangan!

 

Maduners hanya perlu lumurkan garam pada tangan selama 5 minit, kemudian basuh dengan bersih menggunakan air yang mengalir.

 

Terdapat lagi satu kaedah menggunakan garam iaitu dengan memasukkan garam ke dalam air suam dan kemudian rendam kedua belah tangan sehingga rasa pijar berkurang atau hilang sepenuhnya. Selalunya mengambil masa dalam 2 hingga 3 minit.

#3 Logam atau Keluli

washing-fork-768

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai cara ini, bagi petua ini kalau boleh Maduners gunakan singki atau sudu yang berada dalam keadaan yang sejuk atau pada suhu bilik.

 

Gosokkan tangan pada permukaan singki atau sudu besi, selepas gosok 2 hingga ke 3 minit, lakukan proses yang sama tetapi kali ini letakkan tangan pada air yang sedang mengalir selama 2 minit atau sehingga rasa pijar itu hilang!

#2 Minyak Masak

Sumber Gambar: www.leaf.tv

Mungkin Maduners kurang gemar dengan petua ini sebab tekstur minyak masak yang sudah ingin hilang dari tangan tetapi petua ini selalu diamalkan oleh orang zaman dahulu!

 

Madu rasa petua ini paling mudah! Ambil minyak masak dan sapukan pada kedua-dua belah tangan, basuh tangan selepas 3 minit ataupun rasa pijar sudah hilang. Simple jer kan?

#1 Susu

Soaking-Hands-in-Milk-768

Sumber Gambar: lifeatcloverhill.com

Madu jamin petua ini menjadi kerana Madu dah cuba sendiri! Selalunya orang minum susu untuk hilangkan kepedasan dalam mulut tapi kali ini kita guna untuk hilangkan pijar!

 

Kalau boleh, gunakan susu sejuk kemudian tuang ke dalam mangkuk besar dan rendamkan tangan ke dalam susu tersebut. Bilas tangan selepas rasa pijar dah hilang!

 

Bahan alternatif atau penganti untuk susu ialah yogurt, jadi kalau tak ada susu boleh gunakan yogurt dengan cara penggunaan yang sama!

 

Lepas ini dah boleh masak masakan pedas tanpa risau tentang pijar, selamat mencuba Maduners!

Post a Comment