5 Platform Penstriman Baru Nak ‘Up’ Korang Wajib Tahu! – Manis Madu
5-Platform-Penstriman-Baru-Nak-‘Up’-Korang-Wajib-Tahu_Artikel-Manis-Madu

5 Platform Penstriman Baru Nak ‘Up’ Korang Wajib Tahu!

Zaman sekarang ini manusia perlukan sesuatu yang on-the-go dan boleh dilayari di mana sahaja tidak mengira masa dan tempat. Asalkan ada akses internet!

 

Untuk pengetahuan Maduners, Malaysia mencatatkan hampir 1 juta pelanggan streaming baru tahun lalu kepada 14 juta pengguna, mewakili kira-kira 78% daripada jumlah penonton yang berumur 15+ tahun!

 

Bagi Maduners yang masih tercari-cari perkhidmatan penstriman untuk dilanggan, Madu nak kongsikan beberapa laman penstriman yang wajib korang tahu! 

iQIYI

iQiyi

iQIYi adalah perkhidmatan streaming video atas permintaan untuk menyediakan hiburan pan-Asia kepada penonton antarabangsa. Ia mempunyai banyak pilihan hiburan Asia dengan sarikata bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina.

 

Maduners boleh mengakses iQIYi secara percuma tetapi dengan kandungan terhad. Untuk akses VIP ke kandungan premium, tontonan tanpa iklan, dan faedah lain, korang boleh melanggan dengan bayaran tambahan.

Viu

VIU

Viu pula merupakan perkhidmatan streaming video dalam talian yang memberikan hiburan terbaik dari Asian Entertainment bila-bila masa di mana sahaja! 

 

Maduners dapat tonton drama-drama Asia pelbagai rancangan, animasi dan banyak lagi. Platform streaming ini adalah gabungan kandungan percuma dan premium!

MUBI

MUBI

MUBI adalah perkhidmatan penstriman langganan global yang mempunyai kurator yang memilih sendiri filem-filem paling menarik dari seluruh dunia untuk memenuhi citarasa dan pilihan tempatan dari 190 negara yang terdapat di dalamnya. Perkhidmatan ini memperkenalkan filem baru setiap hari.

 

Dengar kata sekarang tengah ada promo, boleh check laman web MUBI dan terus Maduners dapat menikmati filem-filem berkualiti di MUBI!

SUKE TV

SUKE-TV

SUKE TV sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal yang bermatlamat untuk menggabungkan e-dagang dan hiburan.

 

Kualiti unik pada SUKE TV adalah seperti segmen hiburan yang akan ke udara sepanjang hari, usahasama dengan selebriti dan kandungan yang didorong tarikan selebriti, dan strategi platform berkembar yang menggabungkan e-dagang dan hiburan, yang membolehkan penonton turut mengambil bahagian. 

 

SUKE Shop sebagai sebuah platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah memperkenalkan pengalaman membeli yang eksklusif terus dari rumah.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, Maduners boleh layari laman web mereka, https://www.suketv.com/

tonton CINEMA

TontonCinema

tonton CINEMA adalah perkhidmatan streaming bayar per tontonan (PPV) yang dilancarkan pada bulan Mac 2021. Ia menawarkan ‘perpustakaan’ hiburan yang luas, dari telemovie malar hingga filem terbaru, semuanya disediakan untuk tontonan penonton pada harga terendah. Nak tengok, baru bayar!


Perkhidmatan streaming filem dapat diakses bila-bila masa dan di mana sahaja di Malaysia menggunakan aplikasi iOS, aplikasi Android, dan laman web tonton CINEMA, serta melalui telefon pintar, komputer, tablet, dan komputer riba.

 

Sekarang lebih banyak pilihan untuk Maduners pilih platform penstriman terbaik untuk korang, tinggal pilih dan mula tonton!

Post a Comment