5 Produk Kecantikan Yang Harus Kamu Miliki Pada Bulan Ini
Loader

5 Produk Kecantikan Yang Harus Kamu Miliki Pada Bulan Ini

Sebut sahaja tentang produk kecantikan, tidak kisahlah dari penjagaan muka, rambut, kosmetik sehinggalah ke hujung kuku, semestinya kamu tidak pernah puas dengan produk yang sedia ada. Tidak kisahlah ingin menambah apa yang sedia ada mahupun ingin mencuba sesuatu yang baharu. Jom, kita lihat senarai produk yang harus kamu beli pada bulan ini.

Beautyblender – Bounce Liquid Whip Long Foundation RM179

Sumber Gambar: Beautyblender

Sedang mencari bedak asas jenis cecair yang sesuai dengan rona kulit kamu? Sekarang kamu tidak perlu risau, BeautyBlender – Bounce Liquid Whip Long Foundation menawarkan 40 jenis rona pasti bersesuaian dengan warna kulit kamu. Teksturnya yang ringan, seperti tidak mengenakan sebarang produk di kulit muka dan tahan lama juga.

Arymuzamer Cosmetics – Brow Artist RM35

56945079_283306292546513_4045557671263158981_n

Siapa yang tidak kenal jurusolek terkenal, iaitu Ary Muzamer. Baru-baru ini, berlangsungnya acara perasmian  jenama Ary sendiri yang dipanggil ARYMUZAMER COSMETICS. Pada perasmian tersebut, Ary telah mengeluarkan satu produk yang fokus pada bahagian kening yang diberi nama Brow Artist. Terdapat dua rona pilihan iaitu Espresso dan Mocha. Dengan harga yang mampu milik, pasti kamu tidak lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya.

Benefit Cosmetics – Cheekleaders Pink Squad Cheek Heaven RM315

d3a0b362394accfa6e2c4cb2e59a289c709597b0

Mahukan palet yang akan memberi seri di pipi dan wajah kamu? Dapatkan palet terbaru dari Benefit Cosmetics ini. Dengan hanya satu palet ini, kamu akan memiliki pembayang pipi, bronzer dan juga highlight yang pasti akan menambah seri pada wajah kamu.

Syedewa Cosmetics – Matte Lip Lacquer RM69.90

Siapa yang tak nak bibir mungil seperti Neelofa bukan? Cuba koleksi dari Syedewa Cosmetics ini. Terdapat 4 rona pilihan yang kamu boleh pilih, antaranya, Istanbul, Manila, Kuala Lumpur dan Paris. Teknologi yang digunakan di dalam gincu ini membantu memberi solekan bibir yang tahan lama. Bukan itu sahaja, teksturnya juga ringan dan selesa apabila dioleskan pada bibir.

Make Up For Ever – Ultra Hd Light Capturing Self-Setting Concealer RM146

56749579_662770457459739_4420203009010049864_n

Concealer ini boleh didapati dalam 20 warna supaya sesuai dengan warna kulit kamu. Sila pilih warna yang 1-2 warna yang lebih cerah daripada bedak asas kamu. Jenama ini dikenali dengan formula tahan lama, kalis air dan mesra kamera. Untuk mendapatkan kulit mulus berpanjangan, please don’t skip your concealer

Post a Comment