6 Destinasi Yang Dilarang Untuk Korang Kunjungi! Lagi Dilarang, Lagi Rasa Nak Pergi?
Arrrhhhhhhh! Ha, itu reaksi Madu bila baca mengenai tempat-tempat misteri yang dikatakan tidak boleh dilawati langsung!
Maduners pernah terfikir tak betapa pesatnya dunia membangun dengan teknologi, macam mustahil pula ada destinasi yang belum dijumpai atau diterokai kan?
Tapi rupanya ada lokasi yang masih tersembunyi dengan penuh misteri dan yang lagi menarik adalah beberapa lokasi tersebut dilarang untuk dilawati!
#6 Makam Qin Shi Huang, China
Banyaknyyyyaaa patung dia!
Makam maharaja Qin Shi Huang ini ditemui oleh petani di Xian, China pada tahun 1974 yang mana di dalam makam tersebut ada hampir 8,000 patung tentera yang diperbuat daripada tanah liat.
Selepas lokasi ini ditemui, kerajaan China melarang sesiapa pun untuk lawati makam tersebut bagi menghormati mayat maharaja China pertama iaitu Qin Shi Huang.
Kalau nak tahu ahli arkeologi daripada negara China sendiri pun tak boleh lawati kawasan atau destinasi ini, memang betul-betul terlarang!
Fakta menarik: Qin Shi Huang adalah pengasas kepada dinasti Qin dan maharaja pertama selepas penyatuan negara China.
#5 Area 51, Amerika Syarikat
Siapa yang memang minat & taksub dengan kewujudan alien mesti kenal dengan tempat ini! Terletak di Nevada, Las Vegas, Area 51 adalah salah satu kawasan yang paling tertutup dan sangat dilindungi di planet ini.
Paling misteri adalah tujuan kewujudan Area 51 ini masih belum diketahui orang awam langsung, namun tempat ini dikatakan menjadi tempat persenjataan eksperimental.
Sangat misteri ya Maduners, sampai ada ura-ura mengatakan Area 51 ini kawasan pendaratan alien! Tapi ura-ura saja, tiada lagi maklumat yang sah.
Fakta menarik: Jangan berani masuk ke kawasan Area 51 kerana kawasan ini dipenuhi dengan periuk api. Bahaya gilerr!
#4 Pulau Sentinel Utara, India
Sumber Gambar: wikimedia
Antara destinasi yang dilarang untuk orang ramai berkunjung kerana bahaya yang datang daripada puak yang menduduki pulau ini.
Pulau yang terletak di Teluk Bengal di Kepulauan Andaman dan Nicobar telah didiami oleh puak pribumi Sentinel hampir 60,000 tahun dan sangat terasing daripada dunia moden.
Paling bahaya mengenai pulau ini adalah kerana puak pribumi Sentinel yang tidak mesra dan sangat kejam.
Fakta menarik: Pada tahun 2006, dua orang nelayan yang hanyut ke pulau Sentinel Utara ini telah dibunuh kejam oleh puak pribumi Sentinel. Serammmmmnyyyyaaa!
#3 Chernobyl, Ukraine
Antara kisah yang sentiasa buat Madu sedih adalah kisah Chernobyl. Di sinilah berlakunya kejadian letupan nuklear paling mengejutkan dalam sejarah dunia sehinggalah ke hari ini.
Ramai yang terkorban akibat daripada letupan ini sehingga pakar tak dapat nak berikan jumlah yang tepat bagi mangsa yang terkorban dan yang selamat pun menghidapi kanser teruk sehingga menyebabkan kematian.
Fakta menarik: Kisah ini banyak diadaptasi menjadi drama ataupun filem, Madu nak cadangkan Maduners supaya tonton Chernobyl, 2019 yang diarahkan Johan Renck.
#2 Peti Besi Coca Cola, Kota Atlanta
Sumber Gambar: documentarytube.com
Mesti ramai Maduners yang minum air Coca Cola kan? Tapi tahu tak yang Coca Cola ada peti besi rahsia mereka sendiri!
Dalam peti besi rahsia ini tersimpannya resepi dan formula rahsia tak boleh dikongsi dengan orang ramai jadi tempat ini tidak boleh dikunjungi langsung kecuali kalau Maduners orang penting kepada syarikat Coca Cola.
Fakta menarik: Walaupun Maduners tak boleh lawati peti besi ini, anda masih boleh kunjungi Muzium World of Coca Cola yang juga berada di lokasi tersebut yang dipenuhi dengan maklumat menarik mengenai Coca Cola.
#1 Pulau Ular, Brazil
View this post on Instagram
Madu nak tanya siapa saja berani nak berdepan dengan ular? Inikan pula pulau yang memang penuh dengan ular! Kalau Madu memang dah terjun masuk laut saja.
Pulau dikenali sebagai Ilha da Queimada Grande dalam kalangan penduduk di Brazil dan dipenuhi dengan pelbagai jenis ular termasuklah ular yang paling berbisa di dunia iaitu Ular Kapak Berkepala Tombak Emas (Golden Lancehead).
Destinasi ini memang ditutup oleh kerajaan Brazil dan hanya penyelidik dibenarkan untuk lawati lokasi ini, itupun harus adanya kehadiran seorang doktor bersama untuk ekspedisi tersebut.
Fakta menarik: Ular terperangkap di pulau ini setelah air laut meningkat naik dengan mendadak dan menutup laluan yang bersambung ke tanah besar.
Macam mana lepas dah tengok senarai dekat atas? Ada tak lokasi yang Maduners nak kunjungi sangat walaupun dilarang? Paling seram kalau ada yang nak pergi Pulau Ular, Brazil!