6 Fakta Unik Tentang Santorini! Minuman Alkohol Terbaik? – Manis Madu
6 Fakta Unik Tentang Santorini! Minuman Alkohol Terbaik_

6 Fakta Unik Tentang Santorini! Minuman Alkohol Terbaik?

Bila bercakap tentang destinasi impian kaki travel ketika ke Eropah, nama Pulau Santorini pasti menjadi salah satu yang sering disebut-sebut! Pulau ini menjanjikan pemandangan lautan memukau serta dihiasi dengan binaan bangunan yang indah.

 

Terletak di kawasan laut Aegea, pulau yang merupakan bahagian dari negara Yunani ini tentu sudah sangat familiar diketahui banyak orang, tetapi bila sebut tentang fakta-fakta menarik yang ada di sana, rasa-rasanya mesti ada yang kurang tahu.

 

Jom kita tengok fakta-fakta menarik tentang Santorini!

Nama Rasmi Santorini

matthew-waring-dM_e5u-SM0U-unsplash (1)

Nama rasmi Santorini sebenarnya adalah Thira. Santorini adalah sebutan yang diberikan oleh orang asing di abad pertengahan kerana terinspirasi dari kata ‘St Irene’. Ia juga merupakan nama dari sebuah Katedral Katolik yang berada di perkampungan Perissa di pulau tersebut.

 

Santorini juga memiliki nama sebutan lain. Salah satunya adalah Kallisti yang bermaksud ‘the most beautiful’.

Terbentuk Hasil Letusan Gunung Berapi

andreas-m-SvKw6oZi49A-unsplash (1)

Berada di Santorini seolah-olah berada di dunia berbeza kerana indahnya pemandangan yang disajikan. Maduners tahu tak, pemandangan indah di pulau Santorini terbentuk hasil letusan gunung berapi yang berlaku suatu ketika dahulu! 

 

Kesan daripada letusan tersebut membentuk seperti kawah dan akhirnya membentuk sebuah pulau.

Warna Pantai

Kerana kesan letusan itu juga, warna pantai di Santorini terbahagi kepada tiga bahagian. Terdapat kawasan yang berpasir putih, merah dan juga hitam.

Rumah & Penginapan Unik

Kebanyakan rumah dan penginapan di Santorini yang unik adalah awalnya tercipta dari gua-gua erupsi (suatu proses pelepasan material dari gunung berapi ke permukaan bumi dalam jumlah yang tidak menentu) yang dibentuk sehingga menjadi penempatan yang selesa dan mewah!

lazaros-mergoupis-px5SQ9bI2KI-unsplash (1)

Kalau tengok hotel-hotel di Santorini, rasa macam tak nak balik sebab cantik sangat!

Tsunami Dahsyat

matt-paul-catalano-0QEG_xOoY7Y-unsplash (1)

Selain pernah tercipta dari letusan gunung berapi, jutaan tahun lalu Santorini juga pernah dilanda tsunami dahsyat. Rentetan peristiwa itu, penduduk tempatan menyakini bahawa Santorini mungkin adalah pulau Atlantis hilang yang tertulis dalam kisah falsafah Yunani kuno, Plato.

Minuman Alkohol Terbaik

anthony-delanoix-vmrCxMRdq58-unsplash (1)

Walaupun berada dalam kawasan gunung berapi dengan tanah yang kering dan jarang turun hujan, ternyata Santorini menjadi salah satu wilayah yang berjaya menghasilkan wine terbaik dan terkenal di serata negara.

 

Haa, menarikkan fakta-fakta tentang Santorini! So, Maduners ada rasa nak berkunjung ke sana tak?

Post a Comment