7 Barang Unik #RacunTikTok Yang Maduners Harus Cuba & Miliki, Ada Yang Boleh Bantu Mudahkan Kerja! – Manis Madu
7 Barang Unik Racun TikTok

7 Barang Unik #RacunTikTok Yang Maduners Harus Cuba & Miliki, Ada Yang Boleh Bantu Mudahkan Kerja!

Sini Madu nak kongsikan 7 #RacunTikTok yang best dan unik, khas untuk Maduners!

 

Siapa kat sini suka beli atau follow barang-barang yang viral di TikTok? Tak kisahlah skincare, bag atau barang yang Maduners sendiri pun tak pernah tahu ia wujud. Kalau ya, korang sama macam Madu!

 

Kali ini Madu nak kongsikan 7 #RacunTikTok yang best, khas untuk Maduners sekalian. Jom kita tengok!

1. Gula-gula Sushi DIY Popin Cookin

Japanese-Candy-Popin-Cookin-Sushi-768

Sumber Gambar: www.whysojapan.com

Kalau Maduners teringin nak makan gula-gula sushi sambil membuat ‘experiment’, Poopin Cookin ini adalah set DIY best yang korang patut beli dan cuba. Selain sushi, mereka juga mempunyai perisa lain sepeti ais krim, burger dan banyak lagi.

Harganya pula sangatlah berpatutan iaitu hanya RM 18.90 sahaja, jika berminat nak beli, boleh dapatkan di sini.

2. Self-Cleaning Fur Remover

Magic-Pet-Hair-Fur-Remover-768

Maduners yang ada haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing semestinya akan suka sangat dengan produk ni. Bulu-bulu degil daripada haiwan kesayangan korang yang melekat di sofa atau baju boleh dihilangkan dengan menggunakan self-cleaning fur remover.

 

Gosok-gosok sedikit pada kawasan yang terkesan, nanti hilanglah bulu-bulu degil. Memang senang sangat!

 

Produk ini korang boleh dapatkan di sini.

3. Sabun Kapsul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TIE DYE MURAH (@ita_ummuafkar) on

Maduners mesti tertanya-tanya kan…apa sebenarnya benda ni? Untuk pengetahuan korang ini adalah sabun pencuci baju yang diletakkan dalam kapsul.

 

Tak perlu susah-susah nak tuang sabun dan pelembut dalam penutup botol, korang boleh campakkan saja sabun kapsul ini dalam mesin basuh dan tadaaa…dah siap! Jimat masa Maduners.

 

Dapatkan sabun kapsul korang sekarang.

4. Papan Kekunci Mini Untuk Telefon Pintar

Portable-Keyboard-768

#RacunTikTok yang keempat ini adalah papan kekunci mini untuk telefon pintar yang boleh disambung menggunakan Bluetooth sahaja. Tak perlu guna wayar yang panjang dan berselirat ye!

 

Kepada Maduners yang masih dalam pengajian, yang nak buat kerja atau assignment bolehlah gunakan alat ini untuk mempercepatkan kerja korang.

 

Yang penting keyboard ini senang dibawa mana-mana sahaja. Boleh beli!

5. Portable Mini Heat Sealing Machine

rego-Mini-Heat-Sealing-Machine-Plastic-Bag-Food-Vacuum-Sealing-Machine-Mini-Heat-Sealer-768

Kalau Maduners tak nak keropok atau jajan yang telah dibukak masuk angin, korang boleh gunakan mesin ini untuk gam semula bungkusan keropok. Easy kan?

 

Mesin ini hanya gunakan bateri sahaja. Jimat elektrik, masa dan harganya pula sangat murah. RM 3 sahaja tau! Boleh tengok sini.

6. Lampu CCTV 360

Bulb-Lamp-Wireless-IP-Camera-IR-Light-HD-Panoramic-360-Degree-FishEye-Home-Security-CCTV-768

Sumber Gambar: www.aliexpress.com

Maduners yang rasa perlukan extra elemen keselamatan di kawasan perumahan, boleh gunakan CCTV ini yang berbentuk macam lampu. Tersembunyi!

 

Perkara yang best tentang lampu CCTV ni, korang boleh lihat rakaman-rakaman 360 darjah dengan menggunakan telefon sahaja.

 

Gunakan dengan sebaiknya okay Maduners. Safety first!

7. LED Star Projector

sky-lite-star-projector-01-768

Sumber Gambar: geekxgirls.com

Kadang-kadang kita teringin nak rasa macam mana tidur bertemankan dengan pemandangan bintang, tapi agak sukar nak buat sebab memang tak selesa kalau nak tidur di luar rumah tanpa katil.

 

Tapi Maduners boleh try beli star projector ini untuk wujudkan suasana ‘tidur di bawah bintang’ di dalam bilik. Memang cantik dan rasa macam dalam mimpi pun ada!

 

Boleh dapatkan di Shopee!

 

Cuba korang tengok video Tiktok ni. Cantik kan?

Jadi, itulah dia antara barang-barang #RacunTikTok yang best dan unik Madu dah kongsi dan harap-harap Maduners suka! Kepada ‘kaki shopping’ di luar sana, happy online shopping!

 

~Stay safe Maduners~

Post a Comment