7 Barang Wajib Ada Untuk Mudahkan Kerja Anda Di Dapur – Manis Madu
7 Barang Wajib Ada Untuk Mudahkan Kerja Anda Di Dapur

7 Barang Wajib Ada Untuk Mudahkan Kerja Anda Di Dapur

Sekarang ini bila Maduners guna media sosial mesti akan nampak netizen kongsi mengenai barang yang boleh bantu mudahkan kehidupan seharian.

 

Zaman sekarang kita nak semua benda mudah dan cepat dalam urusan rutin harian kita termasuklah bila memasak di dapur.

 

Jadi, Madu pun nak tolong Maduners dengan kongsi barangan yang boleh dibeli atas talian untuk memudahkan rutin seharian korang. Jom, kita tengok!

1. Pembuang Sisik Ikan

Fish Scale Scraper Remover Cleaner

Sumber Gambar: aliexpress.com

Bagi Madu, produk ini memang terbaik! Lepas ini bila nak buang sisik ikan, tak bersepah sangat dapur.

 

Sesuai untuk Maduners yang suami suka memancing, bila bawa hasil memancing ke rumah tak perlu dah risau nak buang sisik ikan kalau beli produk ini, mudah kerja dibuatnya.

2. Pengasah Pisau

3 Stage Pro Stainless Steel Knife Sharpener

Sumber Gambar: Shopee.com.my

Bila selalu gunakan pisau mesti jadi tumpul tapi janganlah pula Maduners terus buang pisau sebab tumpul.

 

Beli saja pengasah pisau macam yang dalam gambar, bila dah tumpul, asah balik pisau dah boleh guna selalu. Tapi hati-hati masa asah pisau Maduners, takut tercedera pula.

3. Alat Potong Sayur

Multifunction Vegetable Chopper

Sumber Gambar: Shopee.com.my

Bila kena masak banyak, bahan yang nak kena sediakan pun mesti banyak yang boleh buatkan Maduners letih nak kena potong bahan-bahan semua.

 

Sebab itu kalau nak senang guna alat potong sayur, siap boleh kawal lagi macam mana hasil yang Maduners mahukan, kalau nak lumat, tekan lama-lama sedikit. Dah tak perlu nak letih-letih potong sayur.

4. Pelapik Silikon

alas_adunan_silicon

Sumber Gambar: Carousell

Maduners yang suka buat kuih kena beli produk ini, senang nak uli tepung. Kalau uli tepung depan televisyen sambil tonton rancangan memasak pun boleh.

 

Nanti dah habis uli, kemas pun senang. Angkat ke singki dapur dan basuh sahaja. Dah siap! Gitu.

5. Pengasing Barangan Dapur

drawer organizer

Sumber Gambar: Shopee

Barangan dekat dapur mestilah kena susun dengan kemas dan teratur, baru senang nak cari, tak adalah sibuk nak masak dan bergelut cari barang tak jumpa.

 

Letak dalam almari laci kemudian asingkan garpu, sudu dan penyepit kayu. Mudah ahli keluarga nak makan nanti.

6. Pelindung Jari

Stainless Steel Protector You Finger Cut Vegetable Tool

Sumber Gambar: Shopee.com.my

Madu pun tak berapa pasti nama sebenar alat ini tapi sesuai untuk Maduners yang teringin nak jadi macam Chef dan potong sayur laju-laju.

 

Guna alat ini bila potong bahan-bahan boleh lindungi jari kita daripada terkena pisau. Madu kalau luka terkena pisau mesti terus hilang mood nak masak, jadi kena beli alat ini baru senang.

7. Pembentuk Makanan

Stainless Steel Fried Egg Mold Non Stick Fry Egg Rings Kitchen Egg Cooking Tools

Sumber Gambar: Shopee.com.my

Ini paling comel dan bukan mainan budak untuk main masak-masak tapi digunakan supaya visual makanan lebih menarik dan fantastic.

 

Maduners boleh guna kalau nak masak pankek boleh, telur pun boleh, Korangyang nak romantik buat sarapan untuk suami bolehlah cuba guna yang bentuk love, terus suami gembira tengok telur bentuk love gitu.

Post a Comment