7 Resipi Mudah Sahur, Tengah Mamai Pun Boleh Masak! – Manis Madu
6 Resipi Mudah Sahur, Tengah Mamai

7 Resipi Mudah Sahur, Tengah Mamai Pun Boleh Masak!

Berada dalam bulan Ramadan, inilah masa yang tepat untuk seluruh umat Islam memperbanyakkan amal ibadat kerana terlalu banyak kelebihan dalam bulan mulia ini.

 

Di samping keseronokan melipat gandakan ibadah, kemeriahan pelbagai makanan lazat memang tidak dapat dinafikan. Kadang-kadang sampai buntu nak makan apa untuk berbuka kerana terlalu banyak pilihan!

 

Meskipun begitu, ramai juga dalam kalangan kita yang berdepan masalah susah bangun sahur kerana merasakan rumit memasak juadah ketika sahur.

 

Worry not, hari ini Anis akan bantu senaraikan 7 menu simple untuk sahur, sepantas kilat boleh siap!

Telur Dadar Ala Kedai Tomyam

telur (1)

Terpaling simple! Tapi untuk telur dadar ini, Madu bagi resipi sentuhan ‘ala kedai tomyam’. Haa, selalunya telur dadar di kedai tomyam rasanya lebih sedap dan berbeza dengan kedai-kedai lain.

 

Bahan-bahan:

  • Tiga biji telur ayam
  • Separuh biji bawang besar
  • Satu sudu tepung beras
  • Sedikit sos ikan
  • Minyak yang banyak

 

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur terlebih dahulu dan masukkan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan satu sudu besar tepung beras dan sos ikan secukup rasa ke dalam mangkuk berisi telur yang sudah dipukul tadi (jika tak ada sos ikan, boleh gantikan dengan garam).
  3. Panaskan minyak dan korang dah boleh mula menggoreng (gunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas).

Telur Hancur Ringkas (Scramble Egg)

gian-cescon-UUHqskar490-unsplash (1)

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • ½ biji bawang merah besar (dicincang)
  • Sayur campur
  • Isi ayam
  • Daun sup (dicincang)
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

 

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Jangan lupa masukkan sedikit garam ya!
  4. Kacau telur dengan perlahan sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa Maduners. Kalau Madu, makan dengan nasi kosong atau roti putih pun nice!

Sardin Sambal Telur

Tak dinafikan, hidangan ini memang hidangan selamat. Kalau dah kelam kabut sangat nak bersahur, panaskan jerr sardin dalam tin. Dah terus boleh makan! Tapi menu yang Anis kongsikan di bawah ini ada twist sikit. Cuba tau, confirm lebih sedap!

 

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji telur ayam
  • Cili boh
  • 2 ulas bawang merah besar (dicincang)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh. Pastikan cili boh masak dengan baik ya, nanti kang sakit perut pula!
  2. Kemudian, masukkan ikan sardin berserta sosnya.
  3. Gaulkan hingga sekata, tambah garam dan gula secukup rasa dan tunggu hingga mendidih. (gaul hati-hati ya kerana kita tak nak ikan kita hancur).
  4. Ketika kuah sedang menggelegak, masukkan telur sedikit demi sedikit dan gaul perlahan sehingga telur betul-betul masak. Kemudian, sedia untuk dihidang!

Nasi Goreng Pemalas

jie-wang-XciY4hwqnNk-unsplash (1)

Bahan-bahan:

  • Nasi putih sejuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 4 batang cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji telur
  • Isi ayam (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili yang sudah dipotong sehingga naik bau.
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tumisan tadi berserta garam dan isi ayam. Gaul seketika.
  3. Kemudian, masukkan nasi dan gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidang!

Tempe Goreng Sambal

Hidangan sambal tempe ini merupakan antara hidangan yang mudah disediakan, sedap dimakan dan paling tempe merupakan salah satu hidangan sihat. 

 

Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe yang dipotong
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • ½ sudu makan gula
  • Setengah inci belacan
  • Garam secukup rasa
  • Dua setengah sudu makan cili giling

 

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, goreng tempe yang telah dihiris.
  2. Kemudian, gunakan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. Bila dah naik bau, masukkan cili giling dan belacan dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga sedikit pekat. Haa, lepas itu boleh masukkan tempe dan gaul sekata.

Lempeng Pisang

eiliv-sonas-aceron-exyTIrXyqm0-unsplash (1)

Kalau dah bosan makan makanan berlauk, Maduners boleh cuba buat menu ini. Easy peasy, sedap dan boleh buat korang kenyang lebih lama!

 

Bahan-bahan

  • 1 biji pisang berangan
  • 1/3 cawan tepung gandum (2 sudu besar membukit)
  • 2 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • 1 biji telur (pilihan)
  • Air secukupnya (mengikut kepekatan yang sesuai)

 

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, korang lenyekkan pisang. 
  2. Kemudian masukkan gula, garam dan tepung. Jika adunan agak keras, boleh tambah sedikit air.
  3. Panaskan kuali dan tuangkan adunan mengikut saiz yang korang mahu. Gunakan api perlahan.
  4. Balikkan hingga masak dengan sempurna dan sedia di makan!

Susu Kurma

nikolai-chernichenko-S1HuosAnX-Y-unsplash (1)

Andai kata korang dah tak ada selera sangat, lebih baik cuba resipi susu kurma ini sebagai juadah sahur. Bukan jerr sedap, boleh bagi korang tenaga lagi!

 

Bahan-bahan:

  • 6-7 biji kurma jenis lembut
  • Susu segar atau susu kotak

 

Cara penyediaan:

  1. Asingkan biji kurma kerana kita hanya mahukan isinya sahaja.
  2. Kisar semua bahan-bahan tadi sehingga menjadi seperti minuman. Done, tak sampai 5 minit pun nak buat kan!

 

Tak ada menu untuk sahur bukan alasan untuk korang skip sahur ya. Cubalah guna resipi yang Anis kongsikan tadi, mesti lebih memudahkan korang masak untuk sahur. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment