7 Senaman Untuk Mendapatkan Wajah Yang Lebih ‘Slim’ Di Rumah! – Manis Madu
7 Senaman Untuk Mendapatkan Wajah Yang Lebih Slim Di Rumah

7 Senaman Untuk Mendapatkan Wajah Yang Lebih ‘Slim’ Di Rumah!

Lagi tembam pipi, lagi comellah seseorang itu! Betul tak? Tetapi bagi sesetengah orang, mereka menginginkan bentuk muka yang ‘slim’ untuk tampil lebih cantik.

 

Ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi mendapatkan bentuk muka yang ideal disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik. Tetapi tak bermakna Maduners patut berputus asa kerana terdapat banyak cara bagi mengurangkan lemak pada pipi seperti senaman muka. Jom kita tengok!

1. Warm Up Otot Muka

Warm-up-your-muscles

Sumber Gambar: brightside.me

Sebelum korang membuat senaman muka ini, jangan lupa regangkan otot-otot di muka terlebih dahulu okay! Takut nanti cramp pula. Senaman ini boleh dilakukan ketika sedang duduk atau berdiri.

 

Tegakkan badan dan nyanyikan huruf-huruf vokal iaitu A, E , I, O dan U selama yang mungkin. Percayalah nanti muka Maduners akan rasa macam ditarik gituuu!

2. Lower Lip Lift (Bahagian Bibir Bawah)

Sit-down-and-tilt-your-head-back

Sumber Gambar: brightside.me

Senaman bibir ini adalah untuk mendapatkan tulang pipi dan garis rahang yang ‘tajam’. Kalau Maduners ada lemak pada bahagian dagu (double chin) elok sangatlah buat senaman ini!

 

Teknik senaman:

  • Duduk atau berdiri dengan tegak
  • Dongakkan muka ke atas
  • Keluarkan bahagian bibir bawah ke hadapan selama 5 hingga 10 saat
  • Rehat sebentar dan ulang selama lebih kurang 1 minit

3. Chin Lift (Bahagian Dagu)

slowly-raise-your-chin-while-standing-straight

Sumber Gambar: brightside.me

Sama juga seperti senaman di atas, ianya bagus dilakukan untuk menghilangkan lemak di bawah dagu. Senaman ini juga bertujuan untuk membuatkan leher kita bebas daripada kedutan dan kelihatan lebih muda.

 

Teknik senaman:

  • Silangkan tangan di bahagian dada
  • Dongakkan kepala ke atas sambil menggerakkan dagu ke bahagian depan
  • Tarik nafas dan lakukan senaman ini selama 10 saat

4. Lips Down Pull

Pull-the-corners-of-your-lips-down

Sumber Gambar: brightside.me

Bahagian bibir lagi? Ya betul tapi senaman ini berlainan daripada yang sebelumnya. Langkah ini penting dalam memastikan wajah korang kelihatan fresh dan awet muda 24 jam! Pastikan postur badan tegak sebelum melakukan senaman ini.

 

Senaman ini akan membuatkan muka korang berasa tegang tapi tak perlu risau kerana ia menandakan bahawa otot-otot muka telah diregangkan.

 

Tenik senaman:

  • Kerutkan mulut anda ke bawah
  • Lepaskan kerutan dan ulang

5. ‘Menulis’ Dengan Menggunakan Mulut

hold-a-pencil-with-your-lips-tightened

Sumber Gambar: brightside.me

Dah rasa penat ke belum? Kalau belum, langkah senaman seterusnya adalah lebih mencabar kerana korang akan membuat gerakan ‘menulis’ dengan menggunakan mulut. Haa! Macam mana pula? Jom kita tengok caranya!

 

Teknik senaman:

  • Tegakkan postur badan dan ambil sebatang pensil kemudian letakkan di dalam mulut
  • Buat gerakan ‘menulis’ nama korang dengan menggunakan pensil di dalam mulut tadi
  • Pastikan kepala tidak bergerak
  • Rehat bila perlu

6. Head Tilt

Head-Tilt

Sumber Gambar: brightside.me

Senaman head tilt ini adalah bagus untuk otot leher dan muka bagi mengelakkan sebarang tanda-tanda penuaan. Plus, kalau Maduners selalu sangat sakit leher sebab tengok telefon atau komputer terlalu lama, senaman ini sesuai untuk mengurangkan rasa lenguh tersebut.

 

Teknik senaman:

  • Condongkan kepala ke bahagian kanan
  • Tekankan tangan belah kanan ke bahagian kepala
  • Buat selama 10 saat dan ulang untuk bahagian kiri kepala pula

7. Full of air

Full-of-air

Sumber Gambar: brightside.me

Maduners mesti tertanya senaman full of air ini apa? Senang sahaja langkahnya, bayangkan sahaja seperti Maduners sedang menelan udara yang banyak.

 

Teknik senaman:

  • Tarik nafas dalam-dalam dan kembungkan pipi
  • Letakkan tangan kepada kedua-dua belah pipi
  • Tolak pipi untuk mewujudkn ‘rintangan’ di antara pipi dengan tangan
  • Lakukan selama 10-15 saat

 

Pheww! Susah betul nak hilangkan lemak pada bahagian muka. Kalau Maduners nak tengok senaman ini dengan lebih terperinci boleh tengok video ini di Youtube.

 

Tetapi kalau Maduners nak cara yang lebih efektif adalah dengan melakukan senaman pada seluruh anggota badan. Apa-apa pun, pipi tembam atau kurus, kesemuanya cantik dalam definisi yang tersendiri!

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment