7 Spot Terbaik OOTD Di Kuala Lumpur, ‘Photo Worthy’ Untuk Instagram! – Manis Madu
7 Spot Terbaik OOTD Di Kuala Lumpur

7 Spot Terbaik OOTD Di Kuala Lumpur, ‘Photo Worthy’ Untuk Instagram!

Bagi mereka yang gemar bergambar dan nak dapatkan gambar yang bagus-bagus untuk cantikkan feed di Instagram, artikel ini untuk korang!

 

Hari ini Madu akan kongsikan beberapa tempat yang sesuai untuk korang bergambar di tempat yang cun-cun. Jangan lupa bawa kawan-kawan yang genius ambil gambar supaya gambar korang lagi letop!

#7 Taman Tasik Perdana

Daya tarikan daripada Taman Tasik Perdana ini nyata dapat menarik perhatian ramai pengunjung bukan sahaja pengunjung tempatan malah pengunjung antarabangsa!

Memang menarik sangat kalau nak bergambar di kawasan ini. Jangan lupa masukkan dalam list korang ya.

#6 Kwai Chai Hong

Tempat ini memang spot yang tepat untuk korang OOTD dengan penuh bergaya bertemakan masyarakat Cina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LeeIsmail (@ajin.travel)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ralph dela Cruz (@ralpopo)

Tapi Madu nak ingatkan, kalau korang datang ke tempat ini jangan datang seorang diri! Selain tiada orang untuk ambilkan gambar, ia agak berbahaya kerana lorongnya sedikit tersembunyi dan berada di laluan kawasan belakang Petaling Street.

#5 River of Life

Tempat ini sangat cantik dan segar! Itu jerr Madu boleh cakap. Korang boleh nilai sendiri dengan tengok gambar-gambar di bawah. Memang onz sangat untuk OOTD!

#4 Laman Seni Bukit Bintang

Nak berjalan-jalan di Malaysia mesti kita terbayang cuaca panas, berpeluh-peluh, melekit dan lain-lain tetapi dengan adanya tempat yang warna-warni dihiasi corak mural yang cantik, unik dan menarik pasti akan buatkan korang lupakan semua ketidakselesaan itu! Laman Seni, Bukit Bintang lah tempatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Replica Inn (@replicainn.kl)

#3 Bangunan Sultan Abdul Samad

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryna Ameera (@rynaameera)

Bangunan kolonial lama ini memang banyak spot menarik untuk korang bergambar tau! Jangan lepak di kawasan depan sahaja kerana kawasan belakang bangunan ini ada taman. Korang boleh berehat dan bersantai di situ juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazz Bhunnoo (@shzz.bhnn)

#2 Saloma Bridge

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ilham (@rabbysnaen)

Tarikan terbaru di Kuala Lumpur ini paling best jika dilawati pada waktu malam. Ini kerana jambatan ini dihiasi dengan lebih 4000 LED warna-warni bila waktu malam. Memukau mata sangat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Seanthana (@st.cam)

Dah penat berposing di Saloma Bridge, korang boleh lajak ke Kampung Baru untuk isi perut dan basahkan tekak sambal scroll gambar yang ditangkap tadi.

#1 Taman KLCC

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fikri Ameer Shah (@fikrasgram)

Kalau jalan-jalan di KL tapi tak bergambar di sini memang tak lengkap lah! Ibarat korang pergi Paris tapi tak bergambar di Eiffel Tower. Haaa gitcheww!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wo (@fit.annangel)

Onz tak tempat-tempat yang Madu senaraikan? Haa, boleh dah upgrade list tempat OOTD korang!

Post a Comment