7 Tips Berjimat Paling Terbaik Bagi Korang Yang Sukakan Solo Traveling! – Manis Madu
7 Tips Berjimat Paling Terbaik Bagi Korang Yang Sukakan Solo Traveling

7 Tips Berjimat Paling Terbaik Bagi Korang Yang Sukakan Solo Traveling!

Maduners yang suka solo travel wajib tahu tips yang Madu nak kongsi ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ethan Joseph (@ethan_r_joseph) on

Rasanya ramai yang fikir bila solo traveling sangat membazir dari segi kewangan sebab sewa kereta, teksi, dan bil penginapan tak boleh dibahagikan, tak macam bila travel dengan kawan-kawan, boleh juga bahagikan beberapa kos semasa melancong.

 

Jangan risau sebab Madu akan senarai tips & petua terbaik untuk Maduners yang rancang nak solo travel yang mana akan mengubah itinerari korang menjadi satu perjalanan yang menjimatkan wang.

#1 Jangan Terlalu Memilih Destinasi Percutian

brown wooden swing seat

Bila kita dah rancang untuk solo travel, kita tak perlu nak tunggu siapa-siapa untuk fikir ini, itu dan macam-macam lagi. Paling penting adalah korang boleh dapatkan tawaran akhir seperti tiket flight dan hotel yang murah sebab tak perlu nak rancang dan menjimatkan bila bergerak seorang diri.

 

Tips! Maduners kena selalu explore laman sesawang seperti Agoda, Trivago, Kayak dan banyak lagi yang mana korang boleh cari penerbangan tanpa menetapkan lokasi tertentu yang mana membuka peluang lebih besar untuk dapatkan tiket penerbangan lebih murah tanpa batasan lokasi.

#2 Melancong Pada Waktu Off-Season

people-walking-near-brown-concrete-building-768

Apa pula maksud off-season? Simple jerr, maksudnya kita kena rancang untuk bercuti pada waktu bukan kemuncak! Contoh paling mudah adalah, jangan bercuti pada waktu hujung tahun.

 

Biasalah hujung tahun adalah waktu cuti sekolah yang paling panjang & lama, waktu itu mesti ramai ibu bapa akan bawa anak-anak untuk bercuti yang mana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, restoran

terkenal pun penuh dan paling kurang digemari adalah banyak perkara yang menjadi mahal pada musim cuti persekolahan.

 

Tips! Madu cadangkan Maduners untuk rancang solo travelling korang pada awal tahun, sesuai bulan Januari terutamanya yang mana pada waktu ini, orang ramai sudah mula bekerja kembali kerana anak-anak pun sudah mula sesi persekolahan mereka seperti biasa.

#3 Kurangkan Barangan Yang Tak Perlu

woman-facing-body-of-water

Bila solo traveling, Maduners kena pastikan korang tak bawa pakaian atau barangan yang jarang digunakan supaya tak dikenakan extra caj untuk bagasi bila travel.

 

Madu rasa mereka yang pernah solo travel tahu tentang perkara ini, yang solo travel jarang sangat bawa bagasi, selalunya akan bawa backpack dengan barang keperluan yang penting saja.

 

Tips! Bila travel dengan backpack, perkara ini akan memudahkan Maduners untuk bergerak menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan train berbanding jika membawa bagasi yang mana agak menyukarkan keadaan jika hendak menaiki pengangkutan awam.

#4 Gunakan Sebaiknya Kuasa Google

people-typing-in-Google

Maksud Madu di sini adalah sebelum Maduners tempah tiket penerbangan, booking  untuk sesi massage di spa dan sebagainya, korang wajib buat carian di Google terlebih dahulu untuk dapatkan diskaun yang mungkin ditawarkan di laman sesawang secara online.

 

Tips! Pastikan laman sesawang yang Madu lawati untuk dapatkan diskaun adalah sah dan bukan website yang dicurigai, takut Maduners kena scam pula.

#5 Buat Pilihan Bijak Untuk Tempat Penginapan

brown-wooden-chair-on-brown-wooden-deck

Kena ingat Maduners, sekarang dah banyak hostel-hostel yang lawa & interior design setaraf dengan hotel 3 ataupun 4 bintang. Janji kena pandai cari.

 

Tapi Madu perasan, waktu sekarang ini banyak hotel yang sedang berikan tawaran yang memang tak masuk akal jimatnya, jadi bila sedang solo travel tak perlu risau, boleh kalau nak stay dekat hotel 4 bintang, tapi kena pandai cari yang sedang buat promosi atau berikan tawaran yang boleh bantu korang berjimat.

Tips ini kalau boleh Maduners guna untuk rancang percutian solo untuk tahun depan lebih baik, tahun ini kita rancang saja dengan gunakan tips tip top dari Madu ini!

 

Ingat Maduners, sentiasa pakai mask dan stay safe!

Post a Comment