7 Tips Keselamatan Bila Nak Travel Ke Luar Negara, Paling Penting Untuk Jaga Diri! – Manis Madu
Tips Keselamatan Bila Nak Travel Ke Luar Negara

7 Tips Keselamatan Bila Nak Travel Ke Luar Negara, Paling Penting Untuk Jaga Diri!

Ada tak dalam kalangan Maduners yang suka melancong ke luar negara? Madu suka! Tapi dalam keseronokan ketika bercuti, keselamatan perlu dititikberatkan juga.

 

Tak kira lah di mana Maduners berada, tetap perlu berwaspada jika tak mahu keseronokan bertukar tragedi dan mimpi buruk!

 

Hari ini Madu akan share dengan Maduners beberapa tips keselamatan yang perlu dijaga ketika melancong.

#1 Jangan Berjalan Seorang Diri

jangan-berjalan-seorang-diri

Tak kiralah lelaki ataupun wanita, di mana-mana pun kebiasaannya kita dinasihati untuk tidak berjalan seorang diri. Tambah-tambah waktu malam dan di tempat orang! Maduners jika pergi melancong, jangan sesekali berjalan seorang diri ye. Bahaya!

#2 Sentiasa Beritahu Keberadaan Anda Kepada Kenalan

Maduners juga perlu sentiasa update perjalanan atau aktiviti Maduners kepada keluarga dan rakan-rakan. Jika jadi perkara yang tidak diingini, mereka sudah sedia maklum dan boleh beri maklumat kepada pihak berkenaan.

#3 Buat Salinan Dokumen Penting

Passport-Malaysia

Salinan dokumen penting seperti kad pengenalan dan passport perlulah dibuat supaya Maduners ada back up jika dokumen korang hilang atau rosak. Buat jerr salinan banyak-banyak, kalau hilang dah tak perlu kelam kabut!

#4 Elak Terlalu Menarik Perhatian

Maduners elakkan memakai pakaian yang berjenama mahal “head to toe” dan membawa aksesori mewah seperti beg dan jam tangan kerana ini akan menarik perhatian peragut atau penyamun. Korang mungkin dalam senarai sasaran dia!

#5 Buat Rujukan Tentang Tempat Kecemasan

Ini pun satu perkara yang sangatlah penting! Jangan terlalu nak seronok sahaja bercuti.

 

Sebelum Maduners melancong ke sesebuah negara, pastikan Maduners research dulu tempat yang korang boleh rujuk jika berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga Maduners kenalpasti di mana terletaknya kedutaan Malaysia. Simpan dan catat nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negara, penting!

#6 Cari Maklumat Terlebih Dahulu Tentang Negara Tersebut

Perkara ini juga perlu Maduners kaji terlebih dahulu sebelum pergi melancong. Maduners perlulah research tempat korang nak bermalam dan budaya di sesuatu tempat itu. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, tahap keselamatan, kemudahan yang disediakan dan lain-lain.

#7 Awasi Barangan Peribadi

beware-of-pickpockets-petty-theft-Malaysia

Sumber Gambar: www.flickr.com

Tips yang satu ini pun rasanya dah terlalu banyak orang ingatkan tapi sifat kita ini selalu sangat ambil mudah! Lepas dah jadi perkara yang tak diingini baru tahu nak terciduk!

 

Masa itu menyesal pun dah tak guna. Jadi, awasilah barangan peribadi Maduners setiap masa. Terutama di tempat awam yang ramai orang. Risiko untuk Maduners kehilangan barang sangat tinggi kerana di negara luar selalu berlaku kejadian kecurian oleh ‘picked pocket’.

 

Janganlah tukar saat-saat indah ketika melancong kepada mimpi buruk oleh kerana kecuaian Maduners sendiri. Pergi melancong sebab nak have fun tapi lain pula yang jadi! Hati-hati ya. Madu harap tips ini dapat membantu Maduners!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment