70 Peratus Kadar Kematian Tanpa Rawatan Awal, Waspada Gejala Strok Haba! – Manis Madu
Waspada Gejala Strok Haba

70 Peratus Kadar Kematian Tanpa Rawatan Awal, Waspada Gejala Strok Haba!

Perasan tak cuaca kebelakangan ini panasnya agak melampau? Rasa berbahang dan kering sangat!

cuaca panas

Cuaca panas melampau yang macam ini korang jangan ambil enteng. Korang mungkin terdedah dengan risiko serangan strok haba yang boleh membawa maut.

 

Menurut Pakar Perubatan Dalaman KPJ Perlis, Dr Nurazam Omar yang dikongsikan kepada Kosmo! berkata, sebanyak 70% kadar kematian akibat serangan strok haba yang gagal mendapat rawatan awal. Tinggi!

Dr Nurazam Omar

Katanya, adalah penting untuk mengesan gejala awal serangan strok haba supaya rawatan awal daripada doktor untuk mencegah kematian serta mendapat kadar pemulihan 100 peratus dapat diberikan.

 

“Saya ada menerima beberapa kes pesakit yang mengadu sakit kepala dan apabila membuat ujian darah, mereka tidak menunjukkan masalah lain. Justeru, gejala itu dilihat lebih kepada masalah berkaitan cuaca panas ketika ini. Antara gejala awal strok haba adalah seperti rasa dahaga, letih melampau, tidak fokus dan sakit kepala.

sakit kepala

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah celcius sehingga menjejaskan fungsi organ dalam badan termasuk otak, seterusnya boleh mengakibatkan pesakit pitam atau diserang sawan dan koma,” jelasnya.

 

Menurutnya lagi, jika individu mengalami gejala awal strok haba, antara langkah awal yang boleh dibuat ialah dengan melonggarkan pakaian dan basahkan seluruh badan dengan tuala basah.

 

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar antara pukul 11 pagi hingga 3 petang, minum air secukupnya dan kurangkan pengambilan berkafein dan alkohol.

Post a Comment