Hotel Ugut Saman Pelanggan RM400, 000 Kerana Beri Rating Rendah
Seorang pelanggan di Thailand telah diancam dengan tuntutan mahkamah sebanyak ฿3 juta (RM377, 072) hanya kerana meninggalkan komen jujur tentang sebuah hotel di Khao Yai, wilayah timur laut Thailand.
Nakhon Ratchasima memaklumkan, dia memberi rating rendah iaitu sebanyak 6/10 pada Disember tahun lalu tentang pengalaman buruknya di hotel itu.
Pelanggan itu kemudian menerima notis meminta dia mengalih keluar komennya daripada web agensi pelancongan, membayar pampasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam lima akhbar berbahasa Thai selama tujuh hari.
Hotel itu juga mengancam akan mengenakan bayaran ฿50,000 sehari jika dia gagal mematuhinya.
Setiausaha Agung Yayasan Peguam untuk rakyat, Sittra Biabangkerd, menulis di Facebook pada Khamis bahawa dia telah dihubungi oleh pelanggan mengenai tuntutan mahkamah itu.
Dia meminta nasihat daripada peguam, secara pro bono, tentang sama ada tuntutan mahkamah boleh dilakukan apabila dia hanya menulis ulasan jujur terhadap perkhidmatan itu dan mempersoalkan tentang identitinya telah didedahkan kepada hotel oleh agensi pelancongan.
Ulasan yang mana pelanggan mengadu bahawa penginapan di hotel tersebut terlalu mahal juga telah dialih keluar daripada laman sesawang. Peguam itu berkata, anak guamnya tidak memadamkannya dan mempersoalkan sama ada hotel itu telah menghubungi laman web itu untuk mengeluarkannya.
Susulan isu ini, ternyata kejadian yang mana pelanggan menerima ancaman daripada pihak hotel ini bukan pertama kali berlaku di Thailand.