Pernah Dengar Ada Yang Sampai Nak Naik UFO! Perangai Pelik Ibu Mengandung Si Suami Patut Tahu! – Manis Madu
Perangai Pelik Ibu Mengandung Si Suami Patut Tahu

Pernah Dengar Ada Yang Sampai Nak Naik UFO! Perangai Pelik Ibu Mengandung Si Suami Patut Tahu!

Bila seseorang wanita mengandung, kita boleh nampak pelbagai permintaan dan perangai pelik akan muncul tanpa disangka-sangka.

 

Sebabnya berlaku perubahan dari segi fizikal, mental dan hormon menjadi punca timbulnya perangai sebegitu.

 

Si suami ataupun yang bakal bergelar ayah kenalah well-prepared dari segi mental dan emosi untuk berhadapan dengan pelbagai ragam ‘pelik’ si isteri.

 

Lain orang mungkin lain perangai pelik yang muncul sewaktu kehamilan, tapi Madu nak kongsi dengan Maduners antara perangai pelik isteri ketika kehamilan.

1. Tak Boleh Masuk Dapur

Sumber Gambar: drobotdean

Bukannya tak boleh masuk langsung. Tapi waktu memasak akan timbul bau-bau asap dan bau memasak yang sedap di hidung kita tapi tidak pada mereka!

 

Bukannya berlarutan sehingga ke penghujung tempoh kehamilan mereka, biasanya ia akan hilang dengan sendiri selepas tiga bulan.

2. Malas Mandi/ Berdandan

Bila mood malas datang, sampai ke petanglah dengan baju tidur. Silap-silap bawa sampai ke malam. Kita tahu pergerakan agak terbatas tapi jangan sampai tak mandi!

 

Kalau nak bersiap tak perlu cerita, nak pilih tudung pun rasa malas. Angkut yang mana sesuai. Nak matchy matchy pun dah malas dah.

3. Bau Wangi Ibarat Musuh Ketat

Kalau bau kurang menyenangkan, mesti sembur pewangi, selesai masalah. Namun pada awal kehamilan, mereka sangat anti kepada bau yang wangi. Ibarat musuh ketat!

4. Sangat Suka Demand

Antara perangai pelik ibu mengandung yang paling ketara ialah kalau dia nak sesuatu atau teringin nak makan apa-apa, time itu juga dia akan suruh kita cari atau beli.

 

Kalau demand sesuatu yang susah dicari habislah, namun sebagai seorang suami mestilah kita kena penuhkan permintaan isteri kita!

5. Tak Suka Rumah/ Bilik Sendiri

Pelik, tapi itulah kenyataan yang bukan dibuat-buat tapi boleh terjadi secara tiba-tiba. Bilik sendiri ataupun rumah yang didiami menjadi kawasan paling tidak digemari.

 

Kalau kena tidur berasingan untuk beberapa hari atau bulan, mohon si suami bertabahlah melayan karenah, bukannya untuk sesiapa, untuk baby yang dikandung isteri juga.

Sebenarnya ada banyak lagi perangai yang mungkin di luar pemikiran Madu yang susah nak jangka. Tapi apa pun Madu nak doakan supaya selamat dalam menjalani fasa kehamilan.

 

Encik suami perlu banyak bersabar dengan karenah si isteri sebab yang dialami semasa hamil hanya sementara sahaja.

Post a Comment