Kenapa Perlu Dengar Nasihat Orang Tua? Ini Sebabnya! – Manis Madu
Perlu Dengar Kata Orang Tua

Kenapa Perlu Dengar Nasihat Orang Tua? Ini Sebabnya!

Kita selalu dengar pepatah yang kata ‘aku lebih dulu makan garam dari kau!’. Tapi, tak semua dari kita yang akur dengan pepatah ini dan mesti ada saja yang nak dibantahnya.

 

Pepatah ini maksudnya orang-orang tua dan lagi berusia itu lagi banyak pengalaman hidup dari kita. Kenapa pula kita perlu ikut nasihat-nasihat orang tua? Supaya hidup kita lebih mudah dan tak banyak masalah.

 

Jadi hari ini Fazlan nak senaraikan beberapa sebab kenapa korang perlu ambil kira nasihat.

#1 Kurang Rasa Menyesal

Kurang Rasa Menyesal

Ramai sangat kawan-kawan Fazlan yang cakap menyesal aku tak dengar cakap mak aku dulu. Ini semua sebab dulu tak mahu dengar nasihat yang mak ayah bagi itulah.

 

Tak salah kalau nak ada pendapat sendiri tapi pastikan juga korang selitkan nasihat-nasihat yang mak ayah bagi jadi tak ada hidup kita terkontang-kanting bila dah berlaku masalah.

#2 Kuatkan Ikatan Ibu Bapa & Anak

Kuatkan Ikatan Ibu Bapa & Anak

Hubungan mak ayah dengan anak ini memang tak boleh dinafikan lagi.

 

Tapi untuk kuatkan lagi, kita selalulah patuh dengan apa yang ibu bapa kita katakan.Berkat ibu bapa ini memang lain macam tau, kadang-kadang kalau anda rasa tak mahu ikut pun nasihat itu tapi sekurang-kurangnya hargai nasihat itu pun dah buat mereka gembira!

#3 Mereka Ada Pengalaman

Mereka Ada Pengalaman

Sebab yang terakhir ini adalah sebab yang paling kukuh kenapa korang perlu patuh pada nasihat ibu bapa kita.

 

Mereka dah hidup lebih lama dari kita dan mereka dah rasa keperitan hidup lagi awal dari kita.

 

Kadang-kadang ada benda yang ibu bapa kita dah buat dulu dan rasa menyesal jadi mereka tak mahu kita rasa menyesal kemudian. Ada sebab kenapa mereka marah-marah, takkan tiba-tiba nak marah dan kadang-kadang bukan marah pun tapi tegas.

 

Jadi Maduners semua, kurangkanlah ego kita dan ada ketikanya kita perlu akur! Sayangi ibu bapa anda!

Post a Comment