Ada Anak Lelaki Bau Badan Kuat? Akak Ni Ajar ‘DIY Deodorant’ Tak Hitamkan Ketiak? Cuba Dulu Baru Tahu!
Masalah bau badan boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang sekeliling. Nak angkat tangan atau pergerakan yang banyak mesti keluarkan bau yang kurang enak.
Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada wanita, lelaki pun mengalaminya. Terutama di peringkat remaja. Kadang-kadang, dah pakai deodorant pun masih tak dapat atasi masalah ini.
Baru-baru ini, seorang wanita ada membuat perkongsian tentang bagaimana dia menyelesaikan masalah bau badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan mudah di rumah.
“Siapa kat sini mak-mak yang ada anak lelaki yang bau badan dia kuat? Macam-macam deodorant dah cuba tapi tak menjadi,” ujarnya.
Wanita yang dikenali sebagai @zuriaty_musa bertindak untuk kongsikan resipi ‘diy deodorant’ yang diciptanya sendiri. Jom kita belajar!
@zuriaty_musa Siapa ada anak lelaki yang kuat bau badan? Jom diy deodorant kt rumah #learnaontiktok #tahukahanda #kaktysukashare ♬ nhạc nền – Momo_3rbie
Bahan-bahan:
- Air panas 100ml
- 1 sudu teh tepung ubi atau xanthan gum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- Essential oil
Cara penyediaan:
- Sediakan air panas sebanyak 100ml.
- 1 sudu teh tepung ubi atau xanthan gum.
- Kacau hingga sebati dan teksturnya likat.
- Tambah dua sudu teh soda bikarbonat dan kacau hingga sebati.
- Campurkan apa-apa jenis bauan. Contohnya essential oil.
- Masukkan ke dalam bekas deodorant atau apa jenis bekas. Tunggu sehingga mengeras dan sedia untuk diguna!
Tambah Puan Zuriaty lagi, selain selamat kerana menggunakan bahan-bahan tidak berbahaya, penggunaan diy deodorant ini juga tidak akan menghitamkan ketiak!
Wah, ini berita baik buat Maduners yang selama ini mencari solusi bagi masalah badan berbau. ‘Resipi’ yang sangat mudah, cepat dan selamat untuk kegunaan harian. Selamat mencuba Maduners!