Ada Ke Yang Suka Semua Perisa Ni? Aiskrim Perisa Buah Pelaga Paling Tak Boleh Brain! – Manis Madu
Ada Ke Yang Suka Semua Perisa Ni_ Aiskrim Perisa Buah Pelaga Paling Tak Boleh Brain!

Ada Ke Yang Suka Semua Perisa Ni? Aiskrim Perisa Buah Pelaga Paling Tak Boleh Brain!

Antara pencuci mulut yang selalu menjadi pilihan ‘sweet tooth’ pastinya aiskrim! Memiliki tekstur yang lembut, rasa yang manis, menyejukkan dan cair di mulut memang sangat sesuai dijadikan penutup hidangan.

lama-roscu-Wpg3Qm0zaGk-unsplash (1)

Namun, adakah aiskrim masih menjadi pilihan jika perisanya pelik? Jarang dibuat oranglah senang cerita! Jom kita selongkar beberapa perisa aiskrim yang pelik yang wujud di seluruh dunia.

Perisa Nasi Lemak

nasi lemak ice cream (1)

Heboh satu Malaysia beberapa tahun sudah bila tular aiskrim perisa nasi lemak! Uniknya aiskrim ini siap disertakan bersama sambal, kacang dan ikan bilis. Memang seolah-olah hidangan lengkap nasi lemak.

 

Rasanya? Tak tahu lah, ada yang cakap sedap ada juga yang kata tak kena dengan tekak. Maduners ada yang pernah cuba aiskrim nasi lemak ini?

Perisa Indomie

Aiskrim ini juga boleh tahan aneh! Mula tular di Indonesia sekitar tahun 2020, aiskrim perisa Indomie siap ada taburan bawang.

 

Katanya, aiskrim perisa ini tercipta kerana pengasasnya sangat menggemari Indomie sehingga mahu menjadikannya dalam bentuk aiskrim. Maduners ada yang nak cuba tak?

Perisa Dakwat Sotong

Biar benar ada aiskrim dakwat sotong? Benar gais! Aiskrim dakwat sotong atau dikenali sebagai ikasumi di Jepun dan aiskrim ini amat popular di sana.

 

Difahamkan, aiskrim berwarna hitam pekat ini mempunyai campuran dakwat sotong dan pewarna makanan. Awalnya dijual pada pelancong sahaja tapi lama kelamaan mula dijual di kedai aiskrim biasa.

Perisa Ghost Pepper

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Food Republic (@foodrepublic)

Buat Maduners yang kaki makan pedas dan berapi, perisa yang ini korang patut cuba. Menggunakan cili paling pedas di dunia, aiskrim perisa Ghost Pepper ini telah dijual di The Ice Cream Store di pantai Rehoboth, Delaware.

 

Aiskrim perisa ini juga telah dimasukkan dalam buku Ripley’s Believe It or Not pada tahun 2016. Agaknya, macam mana rasa aiskrim ini ya?

Perisa Lobster

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bar Harbor, Maine (@visitbarharbor)

Pulak dah! Sebuah kedai coklat di Bar Harbor, Maine mencipta perisa ‘kayangan’ ini dan memang famous kerana setiap gigitan akan ada isi lobster. Harga seekor lobster pun dah mahal, agak-agak berapa harga aiskrim ini ya?

Perisa Buah Pelaga

jaspreet-kalsi-2P0EFD18NYA-unsplash (1)

Buah pelaga atau cardamom boleh dikatakan ‘musuh’ utama ketika makan hidangan berempah. Sekali tergigit memang spoil untuk teruskan makan. 

 

Untuk pengetahuan Madunes, aiskrim berperisa buah pelaga merupakan aiskrim deluxe di Finland. Warga di sana menghidangkan aiskrim ini dengan buah dan wafel. 

 

Kewujudan aiskrim dengan perisa yang pelik ini mungkin kerana adanya permintaan daripada penggemarnya. Mungkin buat kebanyakan orang, perisa seperti itu amat pelik dan tidak boleh diterima tetapi disukai bagi yang menggemarinya.

 

So, mana satu Maduners teringin nak cuba?

Sumber: USA Today

Post a Comment