Adibah Noor Offer Nak Ajar Subjek Bahasa Inggeris Di DidikTV – Manis Madu
Adibah Noor Offer Nak Ajar Subjek Bahasa Inggeris Di DidikTV

Adibah Noor Offer Nak Ajar Subjek Bahasa Inggeris Di DidikTV

Kecoh juga baru-baru ini apabila tular  saluran ntv7  telah tamat bersiaran dan digantikan dengan DidikTV.

Perkara tersebut telah dipastikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melancarkan DidikTV sebagai salah satu usaha untuk memberi akses pembelajaran kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi harus mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

Menariknya setelah KPM mengumumkan perkara tersebut, pelakon dan penyanyi wanita iaitu Adibah Noor telah tampil menggunakan akaun Twitternya dan menawarkan diri untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di saluran baharu tersebut, DidikTV.

Tweet daripada Adibah Noor telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyokong dengan tawaran daripada pelakon wanita tersebut.

SS_Adibah_Noor_1.JPG

Jika benar pelakon wanita seperti Adibah Noor menjadi pengajar di DidikTV perkara ini bukan sahaja akan memberi manfaat untuk anak-anak belajar, bahkan ibu bapa juga boleh bersama-sama dengan anak untuk berlatih Bahasa Inggeris bersama.

 

Tapi tak hanya menarik perhatian positif, terdapat juga komen negatif yang mempersoalkan tindakan dan kelayakan Adibah Noor.

SS_Adibah_Noor_2.JPG

Perkara yang baik kita sokong, jangan kita mengecam tapi berfikir dahulu.

Post a Comment