Ahli Politik Bertumbuk Dalam Dewan Parlimen Bolivia – Manis Madu
Ahli Politik Bertumbuk Dalam Dewan Parlimen Bolivia

Ahli Politik Bertumbuk Dalam Dewan Parlimen Bolivia

Sebuah rakaman luar biasa tersebar di media sosial apabila video berkenaan memperlihatkan keadaan huru-hara yang berlaku di sebuah parlimen Bolivia.

 

Di dalam video berkenaan didapati dua ahli politik iaitu Henry Montero dan Antonio Colque sedang berbalas pukulan berikutan perbahasan mengenai penahanan bekas presiden Anez,  Selasa lalu.

Melalui video itu, dua orang individu cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku ke atas ahli politik berkenaan. 

 

Keadaan menjadi lebih rumit dan huru hara apabila pergaduhan kedua pula berlaku di antara dua orang perundangan wanita iaitu Tatiana Anez de Creemos dan Maria Alanoca yang berbalas tarikan rambut. 

 

Menurut Daily Mail, konflik tersebut difahamkan berpunca dari sejarah politik Bolivia yang hangat diperkatakan baru-baru ini. 

 

Pada Mac lalu, mantan presiden sementara iaitu Anez dipenjara di atas tuduhan membantu merancang rampasan kuasa yang memaksa Morales mengundurkan diri sebagai presiden pada bulan November 2019.

 

Berikutan itu, Parlimen Bolivia sedang mengkaji bagaimana dia berkuasa dan menyoal Menteri Dalam Negeri Eduardo del Castillo berkenaan isu tersebut. 

 

Kedua-dua ahli politik yang terlibat dalam pergaduhan ini difahamkan terpalit dengan isu yang berbangkit itu sehingga menyebabkan kekecohan di dalam dewan parlimen.

Post a Comment