Aina Abdul Bakal Tembusi Pasaran K-Pop? – Manis Madu
Aina Abdul Bakal Tembusi Pasaran K-Pop

Aina Abdul Bakal Tembusi Pasaran K-Pop?

Penyanyi lagu Sepi, Aina Abdul buat kali pertama muncul menerusi slot temubual pada konsert antarabangsa, Simply K-Pop CON-TOUR siaran Arirang TV dari Korea Selatan, petang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Aina berkata, dia membuat persediaan sebelum muncul dalam sesi temubual berkenaan sejak beberapa hari lalu.

 

Memetik laporan akhbar BH Online, konsert akan bermula jam 6 petang hingga 8 malam ini (waktu Malaysia), hari ini dan boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.

 

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, program berkenaan mengetengahkan konsert muzik K-Pop dan slot temubual.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Saya anggap ini sebagai rezeki terpijak. Saya difahamkan, penganjur juga akan terus mengundang artis Malaysia untuk di temubual.

 

“Walaupun tidak terbabit dengan persembahan, hanya temubual skala kecil, saya tetap menganggapnya satu peluang keemasan sebagai permulaan untuk mendapatkan peluang lebih besar pada masa akan datang.

 

“Ia juga menjadi suntikan semangat untuk saya terus bekerja keras, sekali gus mengintai peluang baharu di peringkat antarabangsa. Saya akan lakukan yang terbaik, petang ini. Doakan saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Dalam masa sama, Aina tidak menyangka perkongsiannya di laman YouTube dan Instagram menyanyikan lagu K-Pop berjaya mencuri perhatian peminat dari Korea Selatan.

 

“Ini antara sebab mengapa saya nekad merakamkan lagu Sepi dalam bahasa Korea. Lebih sebulan dimuat naik, lagu Sepi sudah ditonton hampir 700,000 tontonan dalam YouTube.

 

Penyanyi lagu Sumpah itu berkata, dia berterima kasih kepada Alice yang juga rakan sekelas yang menerjemahkan lirik lagu Sepi ke dalam bahasa Korea.

 

“Alice yang menetap di Korea Selatan juga memastikan sebutan saya dalam bahasa Korea betul. Saya lega apabila Alice mengatakan percubaan saya menjadi.

 

“Namun, saya tidak boleh terus selesa dan sentiasa terbuka untuk terus mengasah bakat termasuk menyanyi dalam bahasa Korea dengan baik,” katanya.

Post a Comment