AirAsia Bakal Sediakan Perkhidmatan ‘Teksi Udara’ Menjelang 2025 – Manis Madu
AirAsia Bakal Sediakan Perkhidmatan ‘Teksi Udara’ Menjelang 2025

AirAsia Bakal Sediakan Perkhidmatan ‘Teksi Udara’ Menjelang 2025

Capital A Berhad melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) bakal menyediakan perkhidmatan ‘teksi udara’ menjelang 2025 dengan tumpuan diberikan kepada perjalanan yang sukar dijangkau dengan kenderaan darat, lapor akhbar Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Perkhidmatan juga dijangka membuka peluang baru bagi sektor pelancongan khususnya untuk destinasi yang sebelum ini hanya dapat dikunjungi dengan kenderaan tertentu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perkhidmatan ini akan membuka lembaran baru bagi perjalanan jarak pendek.

 

“Sebagai contoh, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke pusat bandar Kuala Lumpur mengambil masa sehingga 90 minit sekiranya trafik sesak namun, menggunakan perkhidmatan ini, ia hanya mengambil masa 15 minit dengan kos sekitar AS$50 bagi penerbangan untuk empat penumpang.

 

“Malah, ia juga membuka peluang baru bagi sektor pelancongan seperti ke Genting Highlands atau Pulau Pangkor yang sebelum ini hanya dapat dikunjungi dengan kenderaan dan laluan tertentu saja,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara AirAsia dengan Avolon di Singapura.

 

Melalui perjanjian tanpa ikatan itu, AirAsia akan memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat ‘electric vertical take-off and landing’ (eVTOL) VX4 daripada Avolon.

 

Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara lebih maju kepada penumpang baharu, seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap.

 

AirAsia juga akan memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidupnya, AirAsia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon.

 

Tony berkata, pesawat jenis VX4 itu menetapkan tahap keselamatan tinggi dengan semua juruterbang perlu menjalani latihan sebagaimana juruterbang pesawat komersial.

 

Bagaimanapun Tony berkata, kemunculan perkhidmatan itu tidak akan mengganggu perniagaan teksi kerana ia menawarkan laluan berbeza.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Avolon, Dómhnal Slattery berkata, pesawat itu boleh beroperasi antara 10 hingga 12 jam sehari dengan jarak penerbangan melebihi 160 kilometer sehala.

Post a Comment