Akibat Vandalisme, Lukisan Mural Karya Suhaimi Ali Terpaksa Dipadamkan – Manis Madu
Akibat Vandalisme, Lukisan Mural Karya Suhaimi Ali Terpaksa Dipadamkan

Akibat Vandalisme, Lukisan Mural Karya Suhaimi Ali Terpaksa Dipadamkan

Remuk hati Madu apabila seni mural untuk wira negara, karya Muhammad Suhaimi Ali dirosakkan.

Madu tak tahu nak gambarkan perasaan sedih tengok mural yang dilukis dengan sungguh bersemangat, rosak begitu sahaja.

 

Kejamnya manusia yang merosakkan seni mural pemimpin negara kita. Belum sampai sebulan lagi pun, dah dipadam semula. Madu sendiri tak sempat nak jejak kaki di U12 Shah Alam.

seni mural untuk wira negara, karya Muhammad Suhaimi Ali dirosakkan

Video yang dirakamkan oleh pengguna Twitter @MrJamesLabu menunjukkan seni mural yang telah pun dirosakkan pada pagi 20 Julai 2020.

Lagi geram bila tengok perkataan kesat juga dicontengkan pada mural tersebut, kelakuan yang Madu rasa agak tidak beradab. Lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara terbuka kepada awam.

Mujurlah ada CCTV berdekatan mural tersebut. Menurut Oh! Media, dua orang wanita berjaya dirakam melakukan vandalisme tersebut. Insiden ini masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mencari pelaku yang tidak bermoral tersebut.

Kapsyen Facebook oleh Suhaimi Ali membuatkan Madu sedih dan kesian sangat. “Hero is Gone” , beliau juga meminta maaf sebab tiada lagi mural tersebut di U12.

Memang ramai orang yang turut bersedih juga, Madu harap pesalah-pesalah sedar bahawa vandalisme yang dilakukan mengakibatkan ramai orang terkesan atas kelakuan mereka.

Post a Comment