Aktivis Alam Sekitar Berusia 18 Tahun Sindir ‘Omong Kosong’ Pemimpin Dunia – Manis Madu
Aktivis Alam Sekitar Berusia 18 Tahu

Aktivis Alam Sekitar Berusia 18 Tahun Sindir ‘Omong Kosong’ Pemimpin Dunia

Aktivis alam sekitar Greta Thunberg menggunakan peluang berucap di pentas dunia untuk menyindir pemimpin dunia berhubung tindakan menangani pemanasan global.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg)

Berucap pada sesi pembukaan Youth4Climate di Milan, Itali pada Selasa, Greta mendakwa tiada tindakan konkrit dilakukan pemimpin dunia selain omong kosong semata-mata, lapor The Guardian.

 

“Tiga puluh tahun, bla bla bla.

 

“Bangun kembali menjadi lebih baik, bla bla bla.

 

“Ekonomi hijau, bla bla bla.

 

“Sifar karbon menjelang 2050, bla bla bla.”

Para pemimpin dunia telah bertahun-tahun berjanji untuk mengatasi masalah alam sekitar terutamanya sejak Sidang Kemuncak Rio 1992 di Brazil.

 

Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.

 

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan kebanyakan ahli politik, terutama Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang selalu menggunakan slogan dan istilah sama dalam ucapan mereka.

 

Pada Februari, Johnson mengejek Biden pada pertemuan G7 kerana mungkin telah “mencuri slogan” daripada kita”.

 

Greta dalam pada itu berkata dia turut meragui niat penganjur acara Youth4Climate yang dikendalikan oleh World Bank Group ini.

 

“Para ‘pemimpin’ ini memilih orang muda tertentu untuk menghadiri perjumpaan seperti ini, untuk berpura-pura mendengar keluhan kami, tetapi mereka tidak mendengarnya.

 

“Tidak ada planet B. Perubahan bukan sahaja boleh dilakukan tetapi perlu dilaksanakan, tetapi bukan dengan cara yang kita lakukan setakat ini,” kata Thunberg.

 

Ribuan aktivis muda dari kira-kira 190 negara berkumpul di Milan minggu ini dengan sekitar 400 daripadanya mendesak pembuat dasar untuk menyusun cadangan penyelesaian.

 

Aktivis belia, yang berjuang membawa isu perubahan iklim ke agenda global dicabar untuk membantu mencari jalan penyelesaian menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP26 pada November.

 

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) ialah persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 yang dijadual diadakan di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November 2021.

 

Persidangan PBB COP26 bertujuan mencerap tindakan yang lebih jitu daripada hampir 200 negara yang menandatangani Perjanjian Paris 2015.

Post a Comment