Aktiviti & Sukan Lasak Terbaik Untuk Wanita! Boleh Cuba Aktiviti Paragliding Macam Crash Landing On You? – Manis Madu
Aktiviti & Sukan Lasak Terbaik Untuk Wanita

Aktiviti & Sukan Lasak Terbaik Untuk Wanita! Boleh Cuba Aktiviti Paragliding Macam Crash Landing On You?

Wanita sebenar boleh saja sertai aktiviti atau sukan lasak, janji rasa nak cabar diri dengan benda baru, pasti boleh!

Paragliding-768

Walaupun ada beberapa cadangan yang Yaya berikan agak mainstream, tapi mesti ada segelintir daripada Maduners yang belum cuba aktiviti tersebut. Haa, jangan tipu! Jom kita tengok, aktiviti apa yang ada.

Menyelam & Snorkeling

Sebenarnya, ramai wanita di luar sana yang tak berani untuk menyelam di dalam lautan yang dalam. Akan tetapi, mesti ramai yang takut sebab tak pernah cuba. Betul tak? Kalau fobia, Yaya faham jer.

Cuba Maduners ambil vibes, tengok laut cantik-cantik dalam artikel INI dahulu. Siap ada bajet percutian sekali tau, boleh survey untuk percutian yang akan datang! Mungkin kalau dah jatuh cinta dengan ketenangan laut, mungkin korang akan terdetik untuk cuba snorkeling.

Mengembara & Hiking

Siapa cakap hiking bosan dan memenatkan? Hiking adalah antara aktiviti yang mencabar, tetapi sekali gus menyeronokkan. Sambil-sambil mengembara bersama keluarga atau pun girlfriends, bolehlah menikmati keindahan alam. Yang penting, sun-kissed dalam semua gambar! #GOALS.

 

Seronokkan idea yang Yaya cadangkan? Jangan risau, korang tak tahu nak mengembara di mana? Klik sahaja di SINI, Yaya dah sediakan beberapa lokasi untuk Maduners.

Paragliding

Kalau Maduners gayat ataupun tidak suka tempat-tempat yang tinggi, ini mungkin bukan aktiviti yang sesuai untuk anda semua. Namun begitu, kepada yang mencari aktiviti untuk merasai adrenaline-rush yang mengagumkan, cubalah paragliding!

 

Menurut 12Go.Asia, Tandem Paragliding di Selangor merupakan antara tempat yang terbaik untuk lakukan aktiviti ini. Yang gegirls jangan risau, anda akan ditemani seorang pelatih sehingga penghujung destinasi paragliding.

 

Satu sesi paragliding boleh dilakukan dengan minimum 4 orang, dan semua sekali dicas RM220. Jadi, bolehlah ajak satu geng datang! Barulah kita enjoyyyy!

White Water Rafting

Beberapa tahun lalu, Yaya pernah pergi melakukan aktiviti white water rafting di Kampar, Perak bersama family. Boleh dikatakan 50% seronok, 50% mencabar. Maduners jangan risau tentang keselamatan kerana ada pelatih yang arif akan menjaga dan memerhati gerak-geri anda ketika rafting. Yang penting, Maduners jangan cepat panik apabila dalam air, bertenang sahaja.

Tips untuk yang wanita, pakaian pada hari anda menghadiri white water rafting sewajarnya bersesuaian. Kenapa? Satu badan akan basah apabila rafting, confirm!

ATV Ride

Kuala Lumpur bukan setakat bandar sahaja, ada ATV Adventure Park juga tau! Air terjun, hutan dan pelbagai lagi keindahan alam boleh disaksikan dengan melakukan aktiviti ATV Ride ini.

 

Jangan ingat yang wanita tak boleh naik ATV, celah jari jerrr!

Tiada sukan lasak yang wanita tak boleh cuba. Kalau minat dan ingin merasai thrill yang luar biasa, cabar diri Maduners dengan sukan lasak ini!

Post a Comment