“Aku, Dia Dan Ayam” Adegan Kejar Mengejar Undang Ketawa Ramai! – Manis Madu
“Aku, Dia Dan Ayam” Adegan Kejar Mengejar Undang Ketawa Ramai!

“Aku, Dia Dan Ayam” Adegan Kejar Mengejar Undang Ketawa Ramai!

Menjalani kehidupan bersama haiwan peliharaan sememangnya banyak adegan-adegan tak terjangka selalu terjadi. Telatah haiwan-haiwan ini juga sering kali mengundang tawa kerana lucu dan nakal. Eyy geram!

 

Terbaru, seorang pengguna TikTok memuat naik satu adegan lucu yang berlaku bersama seekor kucing.

 

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang mengejar seekor kucing yang dipercayai telah mencuri ayam gorengnya. Adegan kejar-mengejar berlaku namun ‘pelaku’ tidak dapat ditangkap kerana berlari terlalu lincah.

@deniyelllll ayam aku😭..aku baru segigit je..😭😭😭 KULIT TU YANG AKU NAK😭 #kaklongkfc ♬ original sound – user5157602947919

“Ayam aku!! Aku baru segigit je, kulit tu yang aku nak,” tulisnya.

 

Melihat video yang dikongsi itu juga, lelaki tersebut mengulang beberapa kali ‘ayam aku…ayam aku…’ ketika mengejar kucing yang mencuri ayam gorengnya. Memang kelakar!

 

Menjengah ke ruangan komen, komen-komen kreatif daripada netizen membuatkan situasi itu bertambah kelakar.

 

“Kejar dia bang! Dapat kulit tu yang penting,”

 

“Title: Aku, Dia dan Ayam”

 

“Kat sini kita dapat belajar yang tak semua kita punya itu milik kita,”

 

“Mana kucing tu faham kalau cakap macam tu. Cuba meow meow mesti dia tak lari,”

 

“Buat report kecurian bang,”

 

Aduh, komen netizen pun buat tambah ngakak! Takpe la bang, ayam pun dah kena rembat, kucing pun dah kenyang, abang enjoy je la ye.

Post a Comment