Amaran Dari Pakar, Kes COVID-19 Di Thailand Mungkin Cecah 100,000 Secara Harian! – Manis Madu
Amaran Dari Pakar, Kes COVID-19 Di Thailand Mungkin Cecah 100,000 Secara Harian!

Amaran Dari Pakar, Kes COVID-19 Di Thailand Mungkin Cecah 100,000 Secara Harian!

Ada niat nak melancong ke Thailand pada masa terdekat? Batalkan atau tangguh niat itu buat sementara waktu!

 

Pakar telah mengeluarkan amaran, kes harian COVID-19 di Thailand mungkin boleh mencecah sehingga 100, 000 secara harian.

tommao-wang-9_E7OnrihSc-unsplash (1)

Menurut ramalan dari pakar virologi Thailand, Dr Yong Poovorawan, terdapat kemungkinan besar kes harian COVID-19 boleh mencecah sehingga 100,000 kes berikutan subvarian BA.2 Omicron yang kini merupakan varian yang merebak pantas di kebanyakkan negara.

 

Data yang dikeluarkan baru-baru ini di Thailand menunjukkan pada 5 hingga 11 Februari lalu, 500 daripada 1,975 kes jangkitan Omicron atau 18.5 peratus adalah subvarian BA.2.

 

Dr Yong yang merupakan pakar virologi kanan di Universiti Chulalongkorn berkata daripada kes COVID-19 yang dilaporkan setiap hari adalah secara purata sebanyak 25,000 kes termasuk mereka yang positif setelah membuat ujian menggunakan kit ujian antigen (RTK).

 

Ini bermaksud secara ringkasnya, kadar jangkitan adalah sebanyak 10 kali ganda berbanding ketika gelombang-gelombang sebelum ini.

yuzki-wang-e5CjUdYwcN8-unsplash (1)

“Thailand mungkin menerima nasib sama. Pada masa ini, wabak COVID-19 berada pada trend peningkatan Asia… ia akan mencapai kemuncak sebelum kembali stabil dan bilangan kes baharu perlahan-lahan menurun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.

 

Jadi buat individu yang sudah merancang untuk menyertai pesta Songkran di Thailand pada bulan April ini, anda mungkin harus menangguh niat tersebut bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri anda terjaga.

Post a Comment