Ambil Masa 19 Tahun Untuk Keluar Sequel! Filem Spirit Untamed Bakal Temui Anda Di Pawagam! – Manis Madu
Spirit Untamed Filem Pengembaraan Epik Terbaru Terbitan Dreamworks Animation

Ambil Masa 19 Tahun Untuk Keluar Sequel! Filem Spirit Untamed Bakal Temui Anda Di Pawagam!

Keluar dengan buah tangan baru untuk penonton iaitu sebuah filem animasi yang berkisarkan tentang seorang remaja perempuan yang bergelut dengan emosi, DreamWorks Animation sekali lagi menjanjikan sebuah lagi filem yang penuh dengan debaran.

10E40_SQ1100_SH0240_FR1073_4K-768

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang tegas namun kehidupannya dipenuhi jalan berliku apabila tinggal jauh dari keluarganya dan akhirnya menemui kebahagiaan di kampung halaman bersama kudanya di kampung halaman.

10E40_SQ2600_SH0080_FR1070_4k-768

DreamWorks Animation yang sebelum ini popular dengan beberapa filem animasi seperti How To Train Your Dragon, Madagascar, Shrek dan juga Kung Fu Panda tidak pernah menghampakan peminat-peminat filem animasi apabila keluar dengan filem terbaru ini yang mana ianya adalah sambungan dari francais pertamanya iaitu Spirit: Stallion of Cimarron.

Filem ini pernah tercalon dalam Oscar 2002 juga Emmy Awards dalam tahun yang sama.

 

Dibintangi oleh barisan artis terkenal seperti Isabela Merced, Julianne Moore, Jake Gyllenhaal, Marsai Martin, Mckenna Grace, Walton Goggins, Andre Braugher dan Eiza González, filem arahan Elaine Bogan ini pasti menjanjikan sebuah pengembaraan yang penuh aksi.

10E40_T1_TXTLSS_P3_01_00086576_CR-768

Bakal menemui anda di pawagam tidak lama lagi, pastikan anda menjadi antara yang pertama menontonnya!

Post a Comment