Ambil Tahu Apa Itu Microsleep & Puncanya – Manis Madu
Mikrosleep

Ambil Tahu Apa Itu Microsleep & Puncanya

Maduners semua pernah dengar tak apa itu microsleep? Atau Maduners pernah alaminya sendiri?

 

Hari ini Miera nak kongsikan kepada Maduners semua apa itu microsleep dan puncanya. Mungkin ada di antara kita tidak tahu atau tidak sedar yang kita sedang mengalami microsleep.

 

Menurut kata pakar, Dr Ahmad Kusyairi Khalid, Perunding ENT Avisena Specialist Hospital, microsleep merujuk kepada salah satu perkara yang terjadi apabila seseorang itu terlelap.

Terlelap di sini bermaksud dia tidak sedar apa yang dicakap atau apa yang dibuat dalam durasi beberapa saat. Maduners boleh mengalaminya pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

 

Keadaan ini akan mengundang bahaya jika Maduners sedang melakukan pekerjaan atau perkara yang membahayakan seperti memandu, mengendalikan mesin atau sebagainya.

 

Tidur merupakan aktiviti yang mempunyai gelombangnya yang tersendiri. Tapi bagi masalah microsleep ini tidak sama dengan tidur biasa kerana ia terjadi disebabkan gelombang tidur yang normal tidak berlaku ketika Maduners sedang melakukan sesuatu.

 

Penting untuk Maduners mengambil berat tentang punca berlakunya microsleep ini adalah supaya keadaan seperti ini dapat dielakkan. Antara punca-punca seseorang boleh mengalami microsleep ialah:

#Kurang Jam Tidur

Kurang Jam Tidur

Tidur yang cukup sangat diperlukan oleh semua individu, terutamanya bagi Maduners yang bekerja.

 

Kalau Maduners jenis yang terbiasa dengan jam tidur yang cukup ini akan memberi risiko yang besar kepada Maduners untuk mengalami microsleep walaupun jam tidur itu hanya kurang satu jam sahaja.

 

Sebab itu tidur yang cukup sangat penting untuk mengembalikan kesegaran kita di siang hari.

#Mengalami Gangguan Tidur

Mengalami Gangguan Tidur

Gangguan ketika tidur boleh sahaja berlaku dalam banyak jenis. Ada yang mengalami gangguan tidur disebabkan masalah kesihatan seperti hidung tersumbat, sakit-sakit badan dan sebagainya.

 

Ada juga yang mengalami gangguan tidur disebabkan makhluk halus kerana wujud perasaan takut untuk tidur. Perkara ini serba sedikit akan menganggu Maduners mendapatkan tidur yang berkualiti. Sebab itu Maduners akan mudah mengalami microsleep.

#Tak Tidur/ Berjaga malam

Tak Tidur Berjaga malam

Tidak tidur seharian atau berjaga di waktu malam dapat menyebabkan Maduners mengalami microsleep kerana badan dan otak terlalu penat seharian bekerja.

 

Kebiasaaanya perkara macam ini selalu di alami oleh pelajar. Mana taknya, esok dah nak hantar kerja baru bersengkang mata nak buat kerja. Biasalah itu, nama pun student, memang tak lari dengan kerja last minit.

 

Ada banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan microsleep. Maduners perlu mengambil langkah pencegahan supaya benda macam ini dapat dielak.

 

Kalau Maduners mengalami masalah microsleep secara tidak langsung ia akan membahayakan orang lain juga. Jadi, beringat sebelum terkena.

Post a Comment