Ambil Vaksin Takut, Hisap Rokok Tak Takut Pula? Apa Nak Jadi Dengan Rakyat Malaysia! – Manis Madu
Featured Image Pusat Vaksin

Ambil Vaksin Takut, Hisap Rokok Tak Takut Pula? Apa Nak Jadi Dengan Rakyat Malaysia!

Maduners tahu tak sebenarnya vaksin dah ada dalam kehidupan kita sejak kita lahir lagi!

 

Bahkan bukan sejak kita lahir tapi sejak tahun 1796 lagi vaksin ini dah wujud. Vaksin pertama wujud adalah pada tahun 1796 yang dikhaskan untuk mengubati penyakit cacar atau cowpox.

vaksin

Sejak dari wujudnya Covid-19 di dunia pada akhir tahun 2019, dunia memang kecoh dengan pencarian vaksin yang sesuai untuk Covid-19.

 

Tapi, bila vaksin ini dah dijumpai dan mula diberikan pada rakyat terutamanya Malaysia, adalah pula golongan-golongan yang menyebarkan dakyah-dakyah palsu mengenai vaksin ini semata-mata untuk menanam idea mereka yang menolak vaksin pada mereka yang menerima vaksin ini sejak awal lagi.

dr-ugur-dr-ozlem

Bercerita mengenai vaksin Covid-19, vaksin untuk virus ini telah dijumpai oleh sepasang suami isteri yang mempunyai tahap kecintaan yang sama terhadap bidang perubatan iaitu Profesor Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci

 

Mereka berasal dari Jerman dan kajian mereka mengenai vaksin Covid-19 ini telah dijalankan bersama syarikat gergasi Amerika Syarikat iaitu Pfizer dan hasil kerjasama mereka, sebuah vaksin yang mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 90% telah ditemui.

 

Ramai yang mengatakan mereka menolak vaksin kerana kononnya vaksin ini agenda Yahudi, ada mikrocip untuk mengesan setelah dicucuk.

 

Aduh, anda semua perlu tahu sejarah vaksin macam yang Fazlan bagi tahu awal tadi, vaksin ini sudah wujud sejak tahun 1796 lagi, kenapa sekarang perlu ada agenda-agenda ini semuakan?

 

Kita perlu tahu apakah risiko yang dialami oleh seseorang itu setelah mengambil vaksin? Anda tahu tak sebenarnya merokok itu lebih bahaya dari vaksin.

 

Nisbah risiko penghisap rokok akan mengalami gangguan kesihatan adalah lebih tinggi berbanding mereka yang ambil vaksin.

Jadi kenapa kita perlu takut dengan vaksin, jadilah antara orang yang berebut untuk mendaftar vaksin agar segera kita dapat mengekang Covid-19 di negara kita!

Post a Comment