Amyra Rosli Kena ‘Hentam’ Dengan Netizen Sebab Menunjuk Makan Durian, Amar Bahrain ‘Backup’ Isteri – Manis Madu
Amyra Rosli Kena ‘Hentam’ Dengan Netizen Sebab Menunjuk Makan Durian, Amar Bahrain ‘Backup’ Isteri

Amyra Rosli Kena ‘Hentam’ Dengan Netizen Sebab Menunjuk Makan Durian, Amar Bahrain ‘Backup’ Isteri

Tindakan pelakon Amyra Rosli memuat naik gambar menikmati buah durian mendapat kritikan ramai apabila dikatakan tidak sensitif dan menunjuk ketika musim pandemik ini, lapor mStar.

 

Tidak cepat melatah, Amyra dengan tenang menjelaskan situasi sebenar melalui komen di posting berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Menurut Amyra, dia mendapat durian itu daripada seorang peniaga dan tujuan memuat naik ke sosial media adalah untuk membantu peniaga kecil mempromosikan perniagaannya sahaja.

 

“Bukan menunjuk, orang bagi… Tak salah kita share sebab nak tolong orang meniaga. Jangan sentiasa negative k?”

 

Sementara itu, Amar Bahrain tampil membela isterinya dengan memuat naik paparan skrin beberapa komen netizen untuk membuat teguran terbuka bagi menyedarkan pihak berkenaan tentang tujuan sebenar mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Amar berkata, dia dan isteri menggunakan platform media sosial hanya untuk membantu peniaga kecil dalam keadaan negara berdepan situasi pandemik.

 

“Isteri saya Amyra dapat durian orang bagi, lepas itu dia share kat media sosial. Kami sebagai selebriti gunakan platform sebaik mungkin untuk membantu.

 

“Netizen komen takkan makan pun nak share? Kesian la orang yang tak mampu beli. 

 

Tapi niat Amyra tu nak membantu peniaga-peniaga kecil, tiada niat nak kecilkan hati orang yang terkesan ketika sekarang tengah lockdown. Tapi sebagai sebagai selebriti itu je la kami boleh bantu,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, netizen sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menggunakan media sosial sebaiknya dan tidak menulis komen negatif tanpa berfikir panjang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Apabila saya kongsikan macam ni mungkin orang ramai boleh berfikir apa yang mereka buat tu tak betul. Mungkin mereka tertekan duduk dekat rumah.

 

“Saya harapkan mereka semua yang terkesan, supaya banyak bersabar, buat perkara berfaedah dan jangan mengata benda negatif di sosial media,” katanya.

Post a Comment