Anak Bill Gates Kahwin Dengan Lelaki Mesir! – Manis Madu
Anak Bill Gates Kahwin Dengan Lelaki Mesir

Anak Bill Gates Kahwin Dengan Lelaki Mesir!

Anak sulung kepada pasangan billionaire, Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda, Jennifer Katharine Gates berkahwin dalam satu upacara di Westchester, New York.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bill Gates (@thisisbillgates)

Jennifer, 25, berkahwin dengan equestrian (ahli menunggang kuda) dari Mesir, Nayel Nassar, 30, lapor NDTV.

 

Pada majlis itu, Jennifer memakai busana pengantin rekaan Vera Wang, manakala pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan baju putih dan tali leher kupu-kupu.

Upacara mewah itu diadakan di rumah keluarga di tapak seluas kira-kira 57 hektar di Salem Utara, dengan kehadiran 300 tetamu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jennifer Katharine (@jenniferkgates)

Media sebelum ini melaporkan Bill Gates dan Melinda Gates secara rasmi bercerai pada Ogos tahun ini, selepas perkahwinan selama 27 tahun.

Post a Comment