Anak Dijangkiti HFMD Cenderung Reject Makanan, Ibu Bapa Boleh Ikhtiar Dengan 4 Makanan Ini! – Manis Madu
Anak Dijangkiti HFMD Cenderung Reject Makanan, Ibu Bapa Boleh Ikhtiar Dengan 4 Makanan Ini!

Anak Dijangkiti HFMD Cenderung Reject Makanan, Ibu Bapa Boleh Ikhtiar Dengan 4 Makanan Ini!

Ibarat mimpi buruk buat ibu bapa di Malaysia apabila jangkitan Hand Mouth and Foot Disease (HFMD) banyak dilaporkan terkena pada kanak-kanak di Malaysia.

 

Anak-anak cenderung untuk tak menjamah sedikit pun makanan, susu pun reject! Jadi, nak bagi makan apa? Cuba beberapa makanan di bawah, mudah-mudahan berkesan!

HFMD-Freepik (1)

1. Yogurt

bakd-raw-by-karolin-baitinger-XKqIOpMMTOQ-unsplash (1)

Mommies boleh gunakan yogurt asli atau boleh juga blend dengan apa-apa buah untuk rasa yang lebih sedap. Yogurt yang sejuk dan memiliki tekstur yang lembut, memudahkan anak-anak untuk telan.

2. Buah-buahan frozen

karolina-kolodziejczak-jwEYbteLoKo-unsplash (1)

Makanan ini paling senang untuk buat! Mommies hanya sejukkan buah-buahan kegemaran anak-anak seperti tembikai, strawberi dan lain-lain untuk diberi kepada anak. Potong mengikut kesesuaian dan beri setelah buah itu sejuk.

 

Makanan yang sejuk-sejuk boleh melegakan ketidakselesaan dalam mulut.

3. Aiskrim dari susu

Mommies juga boleh gunakan susu expressed breast milk (EBM) atau susu full cream untuk dijadikan aiskrim.

4. Air & isi kelapa

feng-shan-15-dLesZL9Q-unsplash (1)

Air dan isi kelapa yang disejukkan sesuai diberikan kepada anak yang sedang menderita HFMD. Isi kelapa yang lembut dan mudah ditelan tanpa perlu mengunyah dengan bersungguh akan memudahkan anak-anak untuk makan. Khasiat buah kelapa juga banyak dan bagus untuk meredakan penyakit.

 

Buat anak yang terkena HFMD, wajar untuk mereka menolak makanan kerana mulutnya tidak selesa dengan ada banyak blisters. Makanan-makanan yang Madu kongsikan di atas boleh diberi sebagai ikhtiar kepada anak-anak yang terkena HFMD. 

 

Ibu bapa perlu lebih kreatif dalam penyediaan makanan buat anak-anak. Semoga mereka yang dijangkiti segera sembuh dan dipermudahkan juga buat ibu bapa dalam menjaga anak-anak!

Post a Comment