Anak Tak Ada Selera Makan? Corak Menarik Bento Boleh Bantu Ibu-Ibu Di Luar Sana! – Manis Madu
Corak Menarik Bento

Anak Tak Ada Selera Makan? Corak Menarik Bento Boleh Bantu Ibu-Ibu Di Luar Sana!

Maduners pernah dengar tak tentang bento? Bento ini adalah istilah Bahasa Jepun yang membawa maksud bekal berupa nasi dan lauk pauk dalam bungkusan plastik praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Bahasa mudah dia bekal makananlah senang cerita.

Tapi apa yang membezakan bento dan bekal makanan biasa yang kita bawa hari-hari itu adalah bento mempunyai ciri-ciri khas. Antara ciri khas bento adalah susunan jenis lauk dan bungkusan bento.

 

Susunan jenis lauk dan warna dalam bento perlulah disusun dengan kreatif, cantik dan kemas agar sedap dipandang dan boleh membangkitkan selera.

 

Tapi apa kaitan bento dengan selera kanak-kanak? Sebenarnya bento boleh jadi pembangkit selera anak-anak oleh kerana susunan dan warnanya yang menarik! Meh baca tips dan resepi yang Madu senaraikan kat bawah ni. Maduners boleh guna sebagai tips untuk buat bento.

#1 Guna Minyak Sayur

Maduners disarankan untuk gunakan minyak sayur seperti minyak bijan atau minyak zaitun dan elakkan guna mentega untuk memastikan masakan tidak mengeras. Tapi boleh jerr guna mentega kalau sekadar nak dapatkan perasa.

#2 Toskan Lebihan Minyak

Untuk masakan yang dimasak dengan menggunakan minyak yang banyak, Maduners perlulah toskan lebihan minyak terlebih dahulu sebab makanan berpotensi untuk jadi liat dan keras bila dah sejuk. Lapik dengan tisu juga ya!

#3 Biarkan Sejuk Seketika

Tips ini Madu rasa ramai yang dah tahu tapi buat yang belum tahu, bila Maduners dah selesai masak, jangan terus tutup bekas bento. Kalau tutup terus akan buatkan makanan dalam bento cepat basi. Korang boleh sejukkan seketika, baru tutup bekas tersebut.

#4 Masak Supaya Betul-Betul Masak

Untuk nak elakkan keracunan makanan pada anak-anak atau untuk Maduners sendiri, jangan bawa makanan yang separuh masak seperti daging setengah masak. Kualiti masakan itu akan menurun dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Masak masakan korang biar betul-betul masak ya!

#5 Buat Variasi Warna

Maduners yang baru berjinak-jinak nak buat bento, antara bahan yang korang boleh gunakan adalah nasi untuk warna putih. Warna hitam atau coklat dari seaweed, daging, bijan atau lain-lain.

 

Merah dan oren dari tomato, salmon, atau lada benggala. Hijau dari sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, salad dan lain-lain. Warna kuning pula boleh didapat dari telur, labu, jagung dan lain-lain. Senang jerrr!

Ini Madu share sikit 5 resepi yang boleh korang ikut.

#1 Nasi lemak, Nugget dan Buah-buahan

Bento_Nasi-lemak-nugget-buah-buahan

Sumber Gambar: Facebook

#2 Nasi Ayam, Nugget, Salad dan Buah-buahan

Nasi-Ayam-Nugget-Salad-dan-Buah-buahan

Sumber Gambar: Facebook

#3 Bihun Goreng, Telur Dadar, Nugget & Buah Oren

Bihun-Goreng-Telur-Dadar-Nugget-Buah-Oren

Sumber Gambar: Facebook

#4 Chicken Chop, Buah Tembikai, & Biskut

Chicken-Chop-Buah-Tembikai-Biskut

Sumber Gambar: Facebook

#5 Pasta Carbonara, Roti Sosej, Salad & Buah-buahan

Pasta-Carbonara-Roti-Sosej-Salad-Buah-buahan

Sumber Gambar: Facebook

Menarikkan corak-corak bento ini? Madu tengok posting di Group Facebook Masak Apa Hari Ini yang dikongsikan oleh Puan Nor Khaliza Wati MohadKholil. Maduners boleh ke Facebook Puan Nor Khaliza kalau nak belajar lebih banyak tentang corak-corak bento!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment