Anda Kaki Travel? Top 3 Travel Hacks Anda Wajib Cuba! – Manis Madu
Anda Kaki Travel Top 3 Travel Hacks Anda Wajib Cuba!

Anda Kaki Travel? Top 3 Travel Hacks Anda Wajib Cuba!

Ini dia Madu nak bagitahu TOP 3 travel hacks yang korang boleh gunakan bila nak pergi travel.

 

Semasa anda travel, tolonglah jangan bawa banyak sangat barang macam nak pindah rumah, bawa yang perlu dan penting saja.

 

Masalah beg tak muat memang selalu sangat berlaku jadi ini Madu nak bagi tip.

#Lipat Baju Secara Bergulung!

packing clothes (1)

Dengan cara gulung dan seluar ini bukan saja dapat jimatkan ruang tapi juga dapat selamatkan baju anda dari berkedut sebenarnya. 

 

Macam mana dengan cara gulung baju ini boleh save ruang?

 

Bila anda gulung baju, anda boleh lapiskan 2-3 baju bersama lepas itu gulung saja dan gulungan itu nanti korang selit-selit dalam beg bagasi.

#Lawan Jet Lag

Yoga

Untuk hack kedua ini sebenarnya sesuai untuk yang nak travel jauh-jauh sampai perlu naik flight berjam-jam.

 

Tapi Madu yakin ramai yang tak tahu tentang hack yang kedua ini.

 

Jet lag ini ada sesetengah orang akan alami sampai susah nak tidur malam dan boleh buat seseorang itu migraine.

 

Jadi nak lawan jet lag ini, anda boleh cuba bersenam lepas check in dekat hotel.

 

Bersenam tak perlu yang berat-berat, cukup sekadar jogging dalam jarak yang pendek dan  juga yoga sudah memadai!

 

Dengan cara bersenam ini anda boleh lawan masalah seperti insomnia dan juga keletihan melampau.

#Tanda Beg/ Beg Bagasi Anda Sebagai FRAGILE

Fragile

Keselamatan beg dan barang-barang kita dalam beg memang menjadi kerisauan kebanyakan traveller.

 

Jadi, untuk tingkatkan tahap keselamatan beg korang, boleh request tanda fragile untuk beg anda itu.

 

Kenapa kena minta tag fragile ini? Sebab nanti bila beg korang nak diturunkan dari kargo itu,  beg tak dicampak-campak begitu saja.

 

Tapi Madu nak nasihatkan bila travel, tak perlu bawa benda-benda yang mudah pecah yang boleh merisikokan perjalanan anda.

 

Tak perlu bawa banyak barang, cukup bawa yang perlu sahaja!

Jadi korang bolehlah amalkan hack yang Madu kongsikan ini. Semoga membantu !

Post a Comment